Kata2 Semangat
- Hijau Yang Indah
- Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.
Friday, April 29, 2011
SUMPAH DATOK T 'TONGONG' TU LAKU KE TAK?
PUTERI UMNO KATA ANWAR TIDAK BERSALAH ! ALHAMDULILLAH !
Puteri UMNO pun tahu rujuk pada mufti agama dan hukuman Islam. Tidak macam pemimpin tertinggi , yang hanya menunjuk bersama imam masjidil haram tapi nak rujuk kes video fitnah Dato T dengan Mufti Dato Seri Harussani pun haram langsung. Dan saya yakin puteri UMNO dan ahli serta wanita akan meluat jika membaca blog UMNO yang penuh dengan video seks almaklumlah polis 'TIADA KUASA'?
4 saksi memang dari hukum Islam bagi menentukan pesalah zina. Jika tak cukup saksi walau berdua di dalam bilik tertutup kita memang tak boleh hukum sebat atau rejam kecuali pengakuan ikhlas mereka.
CERITA DAN ANALISIS YANG TAKKAN MASUK MEDIA SAMPAH UMNO
SI BEBAL YANG MEMBEBALKAN
Kita bertemu wartawan sambilan The Star.Dulu wartawan sambilan The Star ,wartawan tetap The Star .Dia cuba memprovokasi kita untuk mempercayai Anwar sebenarnya dalam video lucah itu.
Sehingga tergamak menuduh Anwar terlalu kuat buat Wan Azizah."Cikgu cuba tanya Wan Azizah,berapa kali dia layan Anwar "kata wartawan The Star dengan biadabnya.
Wartawan otak UMNO sanggup senyum dan suka dengan soalan biadap itu.
Wartawan The Star itu cuba mempengaruhi kita,tapi kita bersedia dengan hujah.Sumpah laknat Eskay nanti bukannya atas arahan mahkamah.Aduan Qazaf yang dibuat tidak disiasat Jawi.Patutnya Eskay sudah ditangkap dan direman kerana menayang filem lucah.Tapi bebas.
Kita juga berhujah,bagaimana video lucah asal berada ditangan polis boleh lepas keluar dekat internet..Kalau KPN dulu Rahim Noor pun boleh pukul DS Anwar ,kenapa tidak KPN sekarang Ismail boleh buat DS Anwar macam-macam .
SUDAH TERBUKTI POLIS ORG SURUHAN UMNO
Bukti Video Seks Konspirasi.. Dato' T Pakai Baju Kalis Peluru Dengan Di Iringi Polis
Thursday, April 28, 2011
CERITA YANG PATUT DISEBARKAN, TAPI YANG PASTI MEDIA SAMPAH MANE NAK KUARKAN
Mat Zain Ibrahim dedah hubungan tiga Tan Sri
VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?
Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.
Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?
Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.
Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar?Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?
MEDIA2 SAMPAH KALU DAH BERSUARA, MMG SAMPAH LA BUNYINYA
VIDEO KENYATAAN ANWAR - BELASAH TV3, UTUSAN, NAJIB DAN ROSMAH
Dari Keadilan Daily
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur disifatkan begitu terdesak, sehingga sanggup menjadikan video fitnah sebagai strategi untuk mempertahankan kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka tak boleh lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan isu dasar dan pentadbiran. Jadi mereka gunakan cara ini, iaitu mencemarkan karektor orang lain.
“Strategi Najib ialah dengan memperalatkan TV3 dan Utusan Malaysia. Tetapi sehingga hari ini, mereka tidak jawab dakwaan (bekas pegawai kanan polis) Datuk Mat Zain.
Menurutnya, Mat Zain Ibrahim, yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara berhubung beberapa isu termasuk penyebaran video fitnah, yang melibatkan sumber polis sendiri.
“Dia (Mat Zain) menuntut untuk memulihkan tahap profesionalisme polis yang telah terjejas teruk akibat rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa. Perkara ini ditujukan kepada Peguam Negara Gani Patail dan Musa Hasan.
“Jadi, media diminta bersikap adil dan tolong tanyakan kepada mereka, dakwaan bekas pegawai senior polis ini,” tegas Anwar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan keterangan lebih sejam berhubung laporannya terhadap Trio Datuk T, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi.
Anwar, yang berpakaian kemeja biru tiba bersama isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah kira-kira jam 2.50 petang.
Keterangan itu susulan daripada laporan polis yang dibuat di balai yang sama pada 22 Mac lalu.
Soalan Tak Berkaitan
Sementara itu, peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, soalan yang ditanyakan pegawai polis tidak ada kaitan dengan laporan anak guamya.
“Sebahagian besar soalan tidak tertumpu kepada laporan. Apa yang dituntut ialah siasatan terhadap ketiga mereka kerana jelas mereka melakukan kesalahan.
“Pertama memiliki dan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Kedua, mengugut Datuk Seri Anwar dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah untuk meletakkan jawatan mereka dalam politik.
“Mereka bertiga secara terbuka telah mengaku dan sepatutnya didakwa,” ujar Sivarasa.
Menurut beliau, pegawai yang mengambil keterangan kali ini telah ditukar, iaitu pegawai penyiasat DSP Shanmugam Moorthy dan pegawai perakam keterangan, ASP Asrul.
“Mereka memberitahu kita secara terbuka bahawa tindakan kali adalah atas arahan Peguam Negara, Gani Patail.
“Jelas, kedua institusi polis dan perundangan negara telah diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu. Politik negara ini seolah-olah telah dibawa ke longkang,” sinis Siva.
Turut hadir di IPD Dang Wangi petang itu ialah, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, pengarah biro komunikasi, Nik Nazmi Nik Mahmud, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Bekas Imam - Dato' T Tak Perlu Sumpah, Cuma Bawak 4 Orang Saksi
Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak. “Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja. Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah.
Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam. Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.
“Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar,” jelas beliau. Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh.
“Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak,” tambahnya. Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan.
“Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat je mereka ini,” katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4.
ASALKAN ORG UMNO, BEKERJA UTK UMNO, BERKHIDMAT ATAS NAMA UMNO, KOMPEM SELAMAT KAT MALAYSIA NIE...
Polis restui blogger Umno-BN
KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.
“Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,”
“Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?,” katanya kepada Keadilandaily.com
Rafizi mendakwa seolah-olah wujud ‘kerjasama’ di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.
“Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim.
“Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya?
“Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan.
“Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan,” kata Surendran.- sk
BILA SUMPAH LAKNAT JADI MAINAN POLITIK, TUNGGU MASA DAN KETIKA JE LA....
Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.
"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.
Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.
"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.
Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:
"Eskay (bersumpah) wakili semualah."
'Atas nama Allah, Rasulullah'
Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.
Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.
Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.
"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.
Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.
TIPU MENIPU NIE MMG DAH MAKAN SEMULAJADI UMNO
SURUHANJAYA DIRAJA SEKONGKOL DENGAN SPRM , DAKWA ADIK TEOH - mkini
Prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian pembantu politik yang ditangguhkan secara tiba-tiba mungkin 'plot' bagi memastikan kenyataan saksi adalah 'konsisten'.
Adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata beliau mengesyaki keputusan suruhanjaya itu untuk menangguhkan prosiding kepada minggu depan adalah percubaan adalah menutup kepincangan saksi Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semalam, penolong penguasa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin mengakui bahawa ada arahan supaya tidak menceritakan peranan ketuanya, Hishamuddin Hashim, dalam siasatan berhubung salah guna dana kerajaan negeri.
Menurut Azeem arahan yang diberikan mereka adalah “supaya semua kenyataan kepada polis dan juga semasa memberi pengakuan (semasa inkues dan juga RCI) mesti selaras.”
“Saya lihat tidak ada sesiapa pun dalam SPRM yang bercakap benar, (ini) amat jelas. Jika tidak ada sesiapa melakukan pembunuhan, tidak perlu tutup. Ini amat jelas semasa inkues juga,” kata Lee Lan kepada wartawan selepas prosiding ditangguhkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
PROSIDING SURUHANJAYA KEMATIAN TEOH DITANGGIH KE 3 MEI – berita hairan
Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, hari ini menangguhkan prosiding itu ke 3 Mei selepas semua saksi bagi minggu ini selesai memberi keterangan.
Beliau berkata, pada prosiding minggu depan, suruhanjaya akan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ean Yong Hian Wah dan anggota keluarga Teoh untuk memberi keterangan.
Bercakap kepada pemberita di luar bilik suruhanjaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini hari ini, Foong berkata beliau berharap suruhanjaya dapat menyelesaikan siasatan kematian Teoh dalam minggu depan.
Wednesday, April 27, 2011
Tak Nampak Macam Pun, Ape kehe ni Dato "T'? Kantoi la
'Papa Nurul Izzah Part II' Video seks bahagian kedua di Youtube
Video Dato "T" Part 2....
Video seks bahagian kedua di Youtube
Serentak dengan tayangan itu, kumpulan yang mengaku bertanggungjawab di sebalik video itu yang menamakan diri sebagai 'Datuk T” mendedahkan identiti mereka - Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.
Sebelum ini, Eskay berkata mereka belum menyerahkan video penuh 22 minit itu kepada sesiapa dan salinan tunggal hanya diserahkan kepada polis.
"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran pertemuannya dengan polis di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur itu tetapi sekadar berkata tunggu sidang akhbarnya esok.
Polis rakam kenyataan Anwar esok
Seorang pegawai dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman akan merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.
Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.
Kenyataan pertama Anwar dirakamkan bulan lalu apabila beliau
membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.
Menurut kenyataan parti itu petang ini, kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh 'DSP Shanmugamoorthy' pada jam 2.30 petang di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.
Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Anwar selepas kenyataannya dirakamkan, kata kenyataan itu.
Nurul Izzah: Itu bukan Anwar
Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri
teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu.
Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini.
"Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini.