7 tahun lepas saya telah menghadiri kuliah agama seorang kawan saya. Kawan saya ini waktu itu umurnya mungkin hujung 40an, berambut panjang sampai ke pinggang. Saya sudah lama tidak bertemu dengan beliau sebenarnya sejak tahun 1990. Penting sebab beliau juga antara pembuka jalan untuk saya lebih mengenal diri sendiri waktu itu.
Seperkara, kawan saya ni memang pandai berfalsafah dan bercakap tentang hal-hal ilmu agama. Itu memang kelebihan dia. Selepas tidak berjumpa 7 tahun lamanya, kami bertemu di Kelana Jaya. Saya waktu itu bekerja di Yamaha Music head office Kelana Jaya.
Bila sudah lama tidak bertemu, banyak ceritalah di antara kami. Antaranya saya katakan kepadanya yang saya sudah kenal diri saya sejujur dan setelusnya. Kawan saya ini berpewatakan tenang dan dia memang cool..
Katanya dia kenal saya dan katanya lagi dalam sejuta, mungkin ada seorang saja yang macam saya. Katanya saya berbakat, saya boleh bercerita tentang awan, bulan dan bintang untuk masuk ke dalam dunia saya. Tetapi katanya lagi, bila saya mahu melelapkan mata untuk tidur, apa yang saya miliki itu makin lama makin lenyap dan hilang. Bila saya tidur kemana diri saya pergi? Bila saya bangun barulah saya miliki semula apa yang saya ada.
Jadi katanya macamana saya kata saya kenal diri sendiri? ha ha ha..Sebenarnya saya tersentak dengan penerangannya, tapi saya cover juga waktu itu..Apapun setiap kata-katanya adalah ilmu untuk saya merenung dan berfikir.
Jadi saya pun mengikutilah kuliah agamanya malam itu. Dia sudah menggantikan gurunya yang telah meninggal dunia. Katanya lagi saya jangan bertanya apa-apa soalan tentang agama terutamanya tentang hal-hal hakikat kerana pelajarnya belum sampai kefahaman untuk itu.
Seperkara yang menarik bagi saya kebanyakan pelajarnya sudah tua melepasi umur 50an dan ada yang berumur hujung 60an juga. Soalan mereka yang sangat menarik antaranya adalah, bila Imam Mahdi nak turun dan bila kiamat akan melanda? Dan jawapan yang paling cool oleh guru mereka adalah ‘ jangan fikirkan hal itu, jalankan hidup macam biasa, sebabnya itu bukan kerja kita’..Saya pun berfikir begitu juga, tapi itulah..kita ini terlalu keliru dengan perjalanan kita kadang-kadang. Semakin menginjak usia, kita semakin takut dengan diri kita sendiri. Kita perlu lebih berkeyakinan tentang hal-hal Tuhan dan kejadian sebenarnya. Takut dan resah akan lebih membuat kita gusar dan keliru. Kita perlukan perhubungan yang mesra dengan alam dan Tuhan. Untuk ke situ, wajiblah kita mengenal diri sendiri dahulu.
Selepas malam itu, saya tidak bertemu kawan saya itu lagi. Apapun banyak yang saya belajar dari dia.
Saya selalu memerhatikan watak dan perhubungan antara seorang lelaki yang tidak siuman(gila) dan siuman(waras). Mereka selalu bertemu dalam pertemuan-pertemuan yang tidak pernah dirancang. Apabila orang gila itu sampai, lelaki itu akan menghulurkan rokoknya kepada orang gila itu, Begitulah kebiasaannya. Orang gila itu pula seakan tahu
yang lelaki itu ada rokok mahupun tidak, berduit waktu itu mahupun tidak. Ada masanya dia akan memesan makanan termasuk rokok sekali bahkan adamasanya dia akan mengambil sekotak rokok sekaligus dan lelaki itu akan membayarnya. Begitulah keadaanya. Saya rasa perhubungan yang unik tersebut sudah tertulis di langit sana untuk kita renungkan. Saya sukakan keadaan itu sebiasanya kita.
No comments:
Post a Comment