Kelicikan politik Parti Gerakan sebuah parti import dari Semenanjung ‘tidak terkenal jasanya di Sabah’ semakin rancak bersandiwara di pentas politik di mana sahaja kawasan di Sabah dengan harapan Pengarahnya Datuk Raymond Tan dan Datuk Peter Pang dapat menjual jenama parti itu di mata rakyat dengan selaris-larisnya. Pemimpin-pemimpin ini yang keluar daripada parti masing-masing (SAPP dan LDP) lalu meminta ‘suaka’ politik daripada Parti Semenanjung ‘Parti Gerakan’ untuk menyambung talian hayat politik mereka dalam BN seterusnya untuk mempertahankan jawatan mereka sebagai langkah pilihan untuk ‘survival politik’ mereka semata-mata.
Sebelum dua ‘Pengarah’ ini disahkan oleh kepimpinan ‘Parti Gerakan’ sebagai pemimpin jati Gerakan; maka mereka ini dikenakan satu ‘ujian’ dengan memberikan mereka beberapa ‘assignment’ antaranya menarik seberapa ramai ahli pembangkang khususnya SAPP dan LDP dan satu lagi menyerang reputasi SAPP dan LDP bagi meyakinkan kredibiliti mereka sebagi pemimpin yang benar-benar serius menyertai Parti Gerakan dan mempunyai ramai pengikut.
Maka tidak hairanlah mungkin apa yang berlaku selang dua tiga hari di Keningau baru baru ini media melaporkan kononnya 300 ahli SAPP yang diketuai Nelson Manjin menyertai Parti Gerakan, adalah berkemungkinan sebahagian daripada tugasan ‘assignment’ mereka yang disifatkan kelojikannya ‘jauh panggang dari api’.
Nelson Manjin yang bukan ahli SAPP terpaksa mengikut aras lakonan yang diarah Pengarah mengikut skrip yang tersedia yang tidak diketahui ‘berapa upah/ganjaran lakunan ini yang mungkin juga terpaksa dibayar lebih kepada Nelson Manjin’ kerana peranannya untuk menghidupkan ‘assignment’ yang diberikan pucuk pimpinan Parti Gerakan kepada pemimpin terbabit.

Rakyat persekitaran Pedalaman seramai 300 orang tidak mungkin sebuta itu menyertai sebuah parti yang dianggap sebagai Parti Nyamu” malah langsung tidak berjasa kepada negeri Sabah sekonyong konyong berhijrah ke parti Gerakan jikalau tidak ada pikaras yang kuat untuk menarik minat 300 orang ini atau 300 orang yang dimaksudkan itu hanya wujud dalam kertas semata-mata untuk publisiti.
Selain itu, mantan Naib Presiden LDP, Datuk Peter Pang yang berjaya mendapat ‘suaka’ politik Parti Gerakan pula kini asyik menyelar apa sahaja kenyataan bekas bosnya, Datuk Chin Su Phin, kerana mengulas keputusan PRN ke-10 Sarawak di mana pengundi masyarakat Cina 80 peratus telah condong kepada pembangkang.
Kesempatan isu tersebut, Datuk Peter Pang bingkas bangun dan menuding jarinya ke arah Chin seraya berkata “Chin dan LDP bukan mewakili masyarakat Cina dan tidak layak berkata Cina tidak sokong BN”,
Datuk Pang sudah hilang pertimbangan kerana terdorong oleh ‘assignment’ itu agaknya sehingga beliau lupa siapakah diri Pang sebenarnya dalam politik sebelum diangkat oleh LDP?

Selain itu beliau tidak memikirkan jasa yang pernah ditaburkan LDP kepadanya sehingga dalam sekelip mata politiknya terus menyinar ketika berada dalam LDP. Di manakah kesetiaan Pang terhadap perjuangannya dalam LDP sejak mula menjejakkan kakinya dalam LDP. Pang boleh sahaja melupakan itu semua, tetapi rakyat dan pengundi DUN Karamunting sukar untuk melupakannya.
Sebagai renungan dan ingatan bahawa pepatah Melayu ada menyimpulkan ‘Pelanduk boleh terlupa jerat, sebaliknya jerat tak boleh lupa pelanduk’.

No comments:
Post a Comment