Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, April 18, 2011

Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini



"Bukan para khatib yang membaca khutbah Jumaat sahaja yang patut malu dengan Mualaf Mat Saleh ini, saya sendiri pun malu, teramat malu apabila mendengar di Radio IKIM setiap Ahad jam 6.30 ptg ruangan Tazkirah Bahasa Inggeris oleh William Webb atau nama Islamnya Suhaib Webb dari Oklahoma, Amerika Syarikat. Suhaib dilahirkan dalam keluarga bukan Islam tetapi mendapat hidayah Allah apabila beliau mencari hidayah. Mendengar kuliah Suhaib hanya selama 10 minit di Radio IKIM tak puas, macam nak dengar lagi.

Lalu saya buat carian dalam internet, Suhaib ini bukan hanya pandai bercakap dan bercerita, malahan beliau mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar dan berguru dengan begitu ramai ulama. Malah beliau hafaz 30 juzuk Al Quran dalam pelbagai Qiraat.

Malu, memang malu saya.

Dalam internet beliau ada laman web, blog, twitter sendiri. Dalam Youtube saya tengok Khutbah Jumaatnya, waduh, kalau dia khutbah di Malaysia pasti terbeliak mata kita semua, dan merasakan tak sabar-sabar tunggu Jumaat akan datang untuk mendengar beliau berkhutbah, bukan membaca khutbah macam diarahkan JAKIM dan Majlis Agama di Malaysia ini.

Apa yang menariknya ialah Suhaib mempunyai pelbagai pendekatan untuk semua golongan manusia, tua muda, hip hop, reggae dan macam-macam lagi.

No comments:

Post a Comment