Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Wednesday, April 13, 2011

Polis Cuba Menolak Presiden PAS


ArtikelJangan sentuh Presiden kamiSADONG JAYA: Jangan sentuh Presiden kami...” herdik Peguam, Mohamad Khairuddin Osman kepada Ketua Polis, Muning yang cuba menolak Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang keluar pagar untuk masuk ke Pejabat Daerah Sadong Jaya.

Presiden serta calon PAS, Abang Eddy Hadi Allyanni Abang Fauzi yang ketika itu sudah melepasi pagar polis dihalang oleh polis diketuai Muning supaya keluar daripada kawasan pagar tersebut.

Muning turut memanggil Presiden “Pak Haji...keluar dari kawasan pagar,” menyebabkan Khairuddin dengan lantang
mengatakan, “Ini bukan Pak Haji...ini pimpinan kami.” Tindakan kasar Muning menyebabkan Khairuddin mengajukan pertanyaan mengapa pimpinan PAS tidak dibenarkan masuk ke Pejabat Daerah sedangkan mereka mempunyai kad kebenaran SPR.

Khairuddin mengajukan pertanyaan; “Atas sebab apa pimpinan kami tidak boleh masuk?”

Muning memberikan alasan PAS perlu menunggu calon BN sehingga selesai menjalani proses penamaan calon.

Khairuddin berkata; “macam mana jika calon BN habis menjalani proses penamaan calon sehingga jam 10 pagi, sedangkan waktu itu sudah tamat proses penamaan calon.”

Bagaimanapun atas desakan dan daripada Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustapa Ali, pimpinan dan calon PAS
dibenarkan masuk ke pusat Penamaan Calon setelah lima minit dihalang oleh pihak polis.

Sehubungan itu, Khairuddin menegaskan tidakan polis itu menunjukkan mereka tidak ada pengalaman mengendalikan pilihan raya sehingga tidak tahu undang-undang pilihan raya. Sebab itu katanya pihak polis bertindak sesuka hati menghalang pimpinan PAS yang telah diberikan kad kebenaran SPR sehingga menimbulkan ketegangan.

“Dalam pilihan raya tidak patut berlaku seperti ini, pihak polis lemah dan tindakan itu seolah-olah mereka tidak senang dengan PAS,” tegasnya.

Sikap pilih kasih itu dapat dilihat apabila calon dan pengiring Bebas dibenarkan masuk dengan mudah tanpa ada sekatan, tegasnya.

Katanya, peraturan Penamaan Calon ditetapkan dari jam 9 hingga 10 pagi manakala waktu bantahan pula dari jam 10 hingga 11 pagi.

“Apa akan berlaku kepada calon PAS jika mendengar arahan polis supaya menunggu calon BN selesai menghantar borang,” katanya.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku ia menunjukkan sama ada polis tidak ikut peraturan SPR atau SPR itu yang tidak betul.

Ini kerana katanya, PAS bukan kali pertama bertanding tetapi sudah banyak pengalaman dalam pilihan raya kecil dan umum.

“Pihak polis dengan jelas tidak menghormati pimpinan PAS,” tegasnya.

Jangan sentuh Presiden kami

No comments:

Post a Comment