Muhyiddin memang buat malu Johor !!
Nak bagitau kat Muhyiddin Yassin, Tenaga Nasional yang nama asalnya ialah The Central Electricity Board (CEB) telah ditubuhkan pada 1 September, 1949.
Nak bagitau kat Muhyiddin Yassin juga bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat yang nama asalnya skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1882 yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota.
Begitu juga banyak lagi badan-badan utiliti di seluruh Semenanjung Malaysia, kesemuanya bermula sebelum merdeka.
Jadi nak bagitau Muhyiddin, janganlah nak bangga sangat BN bagi peruntukan berpuluh2 billion kepada kerajaan negeri untuk pembangunan masing2 kerana itu memang tanggunghjawab pemerintah.
Kalau British yang menjajah negara inipun sediakan kemudahan itu semua, tak payahlah Muhyiddin nak mendabik dada.
Persoalannya, kenapa kerja2 yang bernilai RM100 juta perlukan peruntukan RM1 billion? RM900 juta pergi mana?
Inilah payahnya kalau PM dan TPM punya IQ dan EQ yang sederhana sahaja. Diapun anggap orang lain bangang macam dia....
TPM cabar Pakatan tawar RM10 bilion basmi kemiskinan Sarawak
BINTULU, 9 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak berbanding RM1 bilion dijanjikan dalam manifesto pakatan parti pembangkang bagi pilihan raya negeri Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri seterusnya mencabar parti-parti pembangkang menyediakan dana sebanyak RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.
Bernama Online melaporkan, Muhyiddin memberitahu kerajaan BN telah mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak kepada hanya tiga paratus sekarang berbanding 60 ke 70 peratus 20 tahun yang lalu.
“Sekali pandang tawaran (pembangkang) hebat, kalau betul-betul serius letak RM10 bilion, sebab kita sudah beri berpuluh bilion... lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra selama setengah jam di Pasar Utama Bintulu hari ini.
Katanya cadangan penubuhan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga di bawah paras kemiskinan dalam manifesto pakatan pembangkang hanya satu tawaran manis untuk menarik sokongan pengundi di Sarawak dan ia sebenarnya tidak mampu untuk dilaksana seperti apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata tawaran pemberian secara sekali sahaja sebanyak RM200 kepada setiap murid yang memasuki Tahun Satu juga jauh lebih rendah berbanding pendidikan percuma yang diberikan kerajaan BN untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang menelan kos kira-kira RM5,000 setiap seorang.
“Kita bukan sahaja laksana... kita komited untuk program pembangunan dan bagi saya (jika) bandingkan kedua-dua manifesto dapat lihat apa yang dia (pembangkang) perjuang dan kita (BN) perjuang, rakyat perlu lebih prihatin dan peka, bukan kita buat sewenang-wenangnya kita buat atas dasar pembangunan berterusan,” katanya.
Mengenai slogan “ubah” yang dilaungkan oleh pembangkang, Muhyiddin berkata kerajaan sebenarnya telah membuat tranformasi dalam pemerintahan iaitu lebih baik maksudnya berbanding maksud “ubah”.
Katanya kerajaan bukan sahaja telah membuat tranformasi dalam politik, malah juga cara pemerintahan dalam kerajaan serta ekonomi.
“(Ketua Menteri Tan Sri Abdul) Taib (Mahmud) dah sedia bakal pengganti... dia ada bisik bisik dengan saya... (dengan) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mungkin lebih jelas lagi... jadi bermakna akan ada tokoh muda lebih berwibawa... itu lebih penting, kalau dikira lama, (Penasihat DAP Lim) Kit Siang, (Pengerusi DAP) Karpal Singh, (Menteri Besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) lebih lama,” katanya.
No comments:
Post a Comment