Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Saturday, April 9, 2011

Anwar setuju buat Suruhanjaya diraja siasat video seks source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/anwar-setuju-buat-suruhanjaya-diraja.html#ixzz1Iz

Gerombolan songkok tinggi jelas sekali sengaja memutar belitkan fakta di media massa dan blog-blog kononnya Anwar Ibrahim enggan atau menolak penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pelakon sebenar yang terlibat di dalam video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim.

Di bawah ini salah satu screenshot yang dipetik satu daripada berpuluh blogger gerombolan songkok tinggi yang memesongkan fakta kononnya Anwar Ibrahim takut dan enggan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pelakon video seks mirip beliau yang ditayangkan di Carcosa hotel baru-baru ini.



Fakta yang sebenarnya, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini ialah, Anwar Ibrahim bersetuju atau tidak kisah jika suruhanjaya diraja mahu dibentuk berhubung video seks lelaki mirip dirinya, namun Anwar menyifatkan ianya sebagai membuang masa.

Selain itu Anwar juga meminta diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kes kematian Altantuya, Port Dickson (Isu khalwat najib), kematian Teoh Beng Hock dan Kematian terbaru Kastam [MsiaKini].


Kalau dilihat, pemimpin gerombolan sering mengheret Anwar Ibrahim ke dalam rentak permainan politik lucah mereka. Dari isu liwat, zina dengan bini orang, dan kini jadi pelakon video lucah pula. Anwar dipaksa dan didesak agar mengikut rentak gerombolan bermain politik lucah dan politik selak kain yang menjadi amalan mereka sekian lama. Jika Anwar Ibrahim enggan mengikut kehendak mereka, Anwar akan dicap atau dianggap sebagai bersalah atau takut menghadapi kebenaran.


source from milosuam.blogspot.com

No comments:

Post a Comment