Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Sunday, April 10, 2011

PROBLEM PROBLEM

AZALINA DAKWA UMNO ADA MASALAH?

Di dalam satu majlis anjuran Puteri Umno Selangor, bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa bahawa Umno pada hari ini sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu yang telah menyebabkan mereka kini tidak menyokong parti itu sejak bermulanya tsunami politik 2008. “Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno. Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di dalam majlis berkenaan hari ini.

Bukan itu sahaja, Azalina mendakwa pegawai kerajaan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran, pejabat tanah dan banyak pejabat kerajaan sendiri yang tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menyebabkan dimanipulasikan sehingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Tambahan Azalina lagi, kini Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar. Beliau mendakwa ramai profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno dan sebaliknya lebih mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.

Yang mengejutkan program hari ini juga apabila Azalina mendedahkan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita Umno sebenarnya menentang penubuhan sayap Puteri Umno itu.

Azalina juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.

Hanya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menurutnya yang menyokong penubuhan Puteri Umno.

Azalina memberitahu mereka yang menolak Puteri telah mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno. Dirinya sendiri amat dibenci oleh Wanita Umno selepas penubuhan Puteri.

“Ketua bahagian dan ketua cawangan Wanita pun tidak sokong Puteri Umno.

“Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh itu hari ini.

Beliau juga yakin masih ramai dalam Wanita masih ‘berdendam’ dengan Puteri sehinggalah ahli-ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita pada hari ini sambil menyatakan hanya dia seorang sahaja yang memegang jawatan Ketua Bahagian Wanita di Pengerang, Johor.

No comments:

Post a Comment