Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Friday, April 15, 2011

ISU SEBENAR DI SEBALIK KISAH PENDUDUK KAMPUNG DBI DAN GAMBAR2 PENDUDUK DI GANGGU POLIS UNTUK BERTEMU MB PERAK



Kronologi Perjuangan Kg DBI sejak Ogos 2009

Tarikh

Perkara

latar-belakang

Sejak sebelum Merdeka

Penduduk Kg DBI adalah bekas pekerja majlis bandaraya Ipoh dan terdiri daripada keturunan para pekerja pertama yang menetap di Labour Lines, Jln Sg Pari, Buntong sebelum merdeka. Tinggal selama tiga generasi dalam rumah kuarters sempit tanpa bilik. Akibat gaji rendah, selepas bersara terpaksa mendirikan rumah papan di sebelah rumah quarters dengan kebenaran MBI.

1987 - 1998

Dibanci pada 1987 dan 2006. Perjuangan penduduk untuk perumahan alternatif bermula pada tahun 1997, apabila pihak DBI mula meroboh rumah kuarters.

Perobohan hanya dihentikan selepas penduduk Kg DBI berjaya mendapatkan perintah pada 2/3/99 dari mahkamah tinggi yang meletakkan syarat-syarat untuk meroboh bumbong asbestos supaya tidak membahayakan nyawa penduduk di persekitaran.

1999 - 2008

Perjuangan berterusan. Beratus-ratus surat dihantar kepada semua jabatan kerajaan yang berkaitan. Setiap MB janji akan menyediakan perumahan alternatif – lot, atau rumah teres.

5 Ogos 2009

Kenyataan MB Zambry Kadir – penduduk 10 tahun lebih di tanah kerajaan akan diberi hak milik.

15/9/09

Memorandum kp MB Zambry – tuntutan: lot dan hak milik

13/1/10

MB melawat Kg Tai Lee, dan bercakap: “If this land had belonged to the state government, we could have solved the problem by now.”

26/1/10

20 orang penduduk DBI menyerah surat kepada MB untuk dapatkan temujanji; berjumpa dengan Dato Veerasingam sebagai wakil MB, di mana Dato Veerasingam setuju dgn cadangan membina rumah teres sederhana untuk dijual dengan harga sabsidi; dan akan bincang dengan MB dan hubungi kami.

8/3/10

Salinan surat dp pej MB kp PTG panjangkan surat kami (28/1)- pohon kerjasama PTG utk selesaikan masalah lot penduduk kg dbi. Tidak ada maklumbalas dp PTG

30/4/10

Salinan surat dp pej MB kep PTG -sda-

19/5/10

Salinan surat dp pej MB kp Datuk Bandar panjangkan surat kami (17/5), pohon kerjasama utk selesaikan masalah lot penduduk kg dbi

18/5/10

Jumpa dengan MB (by chance) . Beliau kata sabar; akan panjangkan masalah ini kp perhatian Datuk Bandar.

7/6/10

Surat kp Dato Veerasingam minta penjelasan, dan perkembangan

26/7/10

Surat kp MB, minta selesaikan masalah dgn segera kerana bahaya ular.

11/10/10

Surat kepada Councillor minta kerjasama potong rumput sebelum Deepavali

19/11/10

Sdr Arumugam penduduk Kg DBI mati digigit ular

3/12/10

surat kepada MB beritahu kejadian 19/11, dan minta selesaikan masalah dengan segera

9/12/10

Salinan surat dp pej MB kp SUK panjangkan surat kami (3/12), pohon kerjasama utk selesaikan masalah lot penduduk kg dbi

19/12/10

Bantahan di depan Kg DBI menuntut perhatian serius dan segera bagi mengelakan kematian lagi

14/2/11

Menghantar memorandum kepada Suhakam berkenaan persekitaran hidup yang mengancam nyawa kami, dan hak perumahan

MEMORANDUM

KEPADA: YAB DATO ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR PERAK

DARIPADA: PENDUDUK KG DBI, D/A 161 KUARTERS DBI, BUNTONG, 30100 IPOH

BERKENAAN: LOT TANAH UNTUK PENDUDUK KG DBI

TARIKH: 13 APRIL 2011

TUNTUTAN:

1. LAKSANAKAN DASAR HAK MILIK UNTUK PENDUDUK DI TANAH KERAJAAN SELAMA 10 TAHUN SEPERTI DIUMUMKAN OLEH MB DAN AHLI EXCO PADA 5/8/09 & 8/1/11 (Lampiran 1a & b)

Penduduk Kg DBI menduduki kawasan tanah kerajaan selama 30 tahun lebih dan telah mula menghubungi kerajaan negeri mengenai perumahan alternatif sejak tahun 1997 sehingga sekarang – selama 14 tahun.

2. MB SENDIRI CAMPUR TANGAN DALAM ISU INI MEMANDANGKAN JABATAN LAIN SERTA PEGAWAI MB TIDAK SEDAR AKAN DASAR HAK MILIK

Sepanjang urusan kami dengan pejabat MB, tidak ada sesiapa pun pegawai yang sedar akan dasar hak milik tanah. Lagi pun jabatan-jabatan lain yang dirujuk MB seperti Pengarah Tanah & Galian, Datuk Bandar dan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak pernah menghubungi kami untuk membincang atau menyelesaikan masalah perumahan kami.

3. BERIKAN KAMI LOT PERUMAHAN DAN HAK MILIK DENGAN SEGERA SEBELUM BERLAKU TRAGEDI LAGI

Seperti kami telah memaklumkan kepada MB dalam surat kami bertarikh 3/12/10, se orang penduduk, En Arumugam, telah meninggal dunia selepas digigit ular bisa di luar rumahnya. Bahaya ular telahpun dilaporkan kepada MB dalam setiap surat kami kepada MB sepanjang tahun 2010. Kami telah jelaskan bahawa kampung kami telah menjadi tempat teduhan ular liar yang mengancam nyawa kami. Di mana keadaan ini disebabkan oleh pembangunan tanah-tanah di sekeliling kawasan kuarters DBI, dan keadaan terabai tanah 37 ekar kuarters DBI yang tidak diselenggara. Dalam keadaan ini, di mana kami hidup dalam ketakutan, satu penyelesaian yang segera amat diperlukan.

4. LIBATKAN JAWATANKUASA BERTINDAK KG DBI DALAM SEBARANG PERUNDINGAN MENGENAI ISU PERUMAHAN KAMI

JKB Kg DBI dipilih oleh kami dan bertindak mewakili kami dalam semua perkara berkaitan dengan masalah perumahan kami. Mereka layak mewakili hasrat, keupayaan dan keperluan kami. Maka selaras dengan konsep 1Malaysia, kami sebagai rakyat harap dapat keutamaan, di mana kami harap kerajaan negeri Perak menjemput kami menyertai semua perundingan mengenai isu perumahan kami melalui JKB Kg DBI.

5. TUBUHKAN MEKANISME UNTUK MEREALISASIKAN DASAR HAK MILIK UNTUK PENDUDUK 10 TAHUN DI TANAH KERAJAAN

Kami berpendapat dasar MB memberi hak milik kepada penduduk di tanah kerajaan selama 10 tahun adalah satu dasar yang amat baik untuk rakyat miskin. Kami ingin cadangkan supaya satu mekanisme yang efisien ditubuhkan untuk membantu penduduk di tanah kerajaan mendapatkan hak milik seperti diumumkan oleh MB.

Yang benar (bp penduduk Kg DBI)































No comments:

Post a Comment