Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, March 31, 2011

Terbukti Boleh!!

Terbukti Boleh!!


Dulu UMporNO dengan angkuhnya berkata.... jika Pakatan Rakyat memerintah, pelaburan asing tidak akan masuk ke negeri-negeri tersebut.

Ya ler tuuu...... depa fikir, depa ler yang paling hebat dan terer mentadbir negeri. Hanya UMporNO dan BN jer yang pandai memerintah. Tiada yang lain, selain UMporNO dan BN.

Malas aku nak bersoreh bebanyak, pasal labun dan gebang besor puak-puak tak sedor diri ni. Kuat perasan. Tapi.... di pihak kita pulak, apa yang kita mesti buat ialah proof them wrong dengan mengemukakan bukti. Nah.... ambik ngko!!

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan jumlah pelaburan negara dari Timur Tengah dalam tempoh dua tahun sejak 2008, mencecah RM376 juta.

Bercakap pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, beliau berkata negara itu meliputi Arab Saudi melibatkan lapan projek, Iran (tiga projek) manakala Syria dan Turki masing-masing satu projek.

“Sebanyak 13 projek negara dari Timur Tengah diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Miti) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Mida) di Selangor dengan nilai RM376 juta,” katanya.

Khalid berkata, Selangor melalui SSIC Berhad memantau dan menyelaras mesyuarat teknikal bersama agensi yang terlibat, supaya pembangunan dirancang pelabur dapat disiapkan dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Dalam sektor pelaburan, beliau berkata, kerajaan Selangor memberi penekanan kepada industri berasaskan teknologi tinggi dan mesra alam, selain industri berasaskan pengetahuan dan kemesraan alam sekitar,

Exco Selangor, Teresa Kok berkata, Barisan Nasional (BN) berdusta rakyat apabila mentohmah negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak mampu menarik minat pelabur asing, lebih-lebih lagi pelaburan Selangor keseluruhannya mencecah RM29.3 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2010.

“Ini adalah pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, Selangor mencapai bilangan projek perindustrian dan peluang pekerjaan tertinggi berbanding negeri-negeri di kuasai BN.

“Selangor mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi dengan 905 projek dan bilangan peluang perkerjaan yang mencecah 80,000 berbanding dengan negeri lain bagi tempoh yang sama,” tambahnya.

Teresa berkata, melalui data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Mida), jelas menunjukkan tohmahan Umno BN bahawa pelaburan Selangor jatuh sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, adalah tidak berasas.

Malah, tambahnya, selain Amerika Syarikat dengan modal pelaburan RM4.7 bilion, German, Jepun dan Singapura juga turut merupakan pelabur asing utama kepada pemangkin ekonomi Selangor.

“Negara pelabur asing utama Selangor ialah Amerika dengan pelaburan RM47 bilion, German dengan RM35 bilion, Jepun dengan Rm3.4 bilion, dan Singapura dengan nilai RM1.8 bilion,” katanya. [sini]

Semasa UMporNO dan BN memerintah..... rasuah 'selaras', ketirisan 'selaras', penyelewengan 'selaras' dan kekayaan para pemimpin UMporNO serta kroni-kroni mereka turut 'selaras' begitu tinggi sekali. Fuiyo.... hebatnya UMporNO memerintah dan mentadbir negeri. Hebat.... Hebat.... Sungguh hebat!!

Pakatan Rakyat pulak.... tak pandai memerintah. 'Lingkup' Selangor dibuat mereka!! Para pelabur masuk berpusu-pusu..... Bawak pulak pelaburan bernilai berbilion-bilion ringgit.....

Isy....isy.... Pakatan Rakyat ni, memang tak pandai memerintah. Pelaburan asyik mencurah-curah masuk. Pendapatan negeri pulak semakin meningkat.

Apaler Pakatan Rakyat?? Sebab komer tak pandai memerintahlah.... negeri Selangor semakin makmur dan rakyatnya pula semakin sejahtera kehidupan mereka.

Kah...kah... kah.... Pakatan Rakyat tak pandai memerintah, ya?? Ater.... itu ke sebabnya UMporNO, kini mengeletor rupa orang kena demam malaria tapioka jer??

Cer citer...!! Cer citer...!! Sebab itu ke komer terdemam??

Tak per.... Tak per.... pergi gali kubor siap-siap. Mengkalor tumpor nanti, senang ler kami nak campak UMporNo ke dalam kubor tu!!

YB Zul betul atau salah awak dapat RM5,000,000.00??????

Oleh: neraca

"Yb Zul!

Salam penuh kasih sayang dari kami rakyat Malaysia.

Adakah betul saudara Yb Zul mendapat imbuhan atau ganjaran dari pihak-pihak tertentu setelah keluar parti dan menyerang Saudara ANwar Ibrahim

Betul atau tidak tak perlulah jawab sebab itu semua hendaklah YB ZUL jawab kat HATI aje.

Tidak perlulah saudara YB Zul menafikan atau menjawab soalan ini. Apa yang kami nak jika betul ialah Yb Zul pulangkan duit atau bentuk harta atau seumpamanya kepada MASJID kemudian TAUBATLAH kepada ALLAH dengan taubat nasuha kemudian letak lah jawatan wakil rakyat dan berilah tumpuan kepada keluarga tercinta serta perbanyakan ingat kat ALLAH serta Nabi Muhammad SAW.

Semoga mereka yang akan mendedahkan perkara ini semasa PRU 13 ,menarik balik agar keaiban YB Zul sekeluarga terpelihara di sisi Allah.

Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNYA untuk bertaubat. Bukan hanya bertaubat malah bermuhasabah diri serta sentiasa menjaga ROH IBADAT.

Salam penuh kasih sayang dari kami warga Malaysia."

Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar..(video)

tvselangor 31032011 - Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar.mpg

Wednesday, March 30, 2011

RAHSIA KEMANTAPAN PAS

Oleh:Khalid Samad

PAS dewasa ini menjadi satu-satunya wadah bagi golongan yang ingin memperjuangkan Islam melalui proses demokrasi di Malaysia. PAS dianggotai mereka yang faham tuntutan perjuangan Islam dari golongan yang berpendidikan agama secara formal dan golongan yang mempelajari agama tanpa melalui institusi pendidikan agama yang formal.

Dalam masa yang sama, PAS turut disertai oleh golongan berlatar-belakangkan gerakan Islam dan juga yang tidak pernah terlibat dengan gerakan Islam kecuali setelah mereka mengenali PAS. Maka, ada yang datang dari ABIM, IRC, JIM, Al-Arqam, Suara Al-Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan ada yang datang dari tarbiyyah PAS itu sendiri sejak muda. Malah ada juga dari golongan masyarakat awam yang disedarkan melalui kuliyyah dan tazkirah di Masjid dan Surau.

Oleh yang demikian, menangani golongan manusia yang beraneka latar-belakang dan tahap pendedahan bukan suatu yang mudah. Namun, rahsia kesatuan dan perpaduan semestinya terletak kepada rujukan yang satu iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW), Ijma’ dan Qiyas. Pada masa yang sama, tarbiyyah amaliyah yang dilakukan PAS terhadap anggotanya menghasilkan kefahaman dan kematangan yang mantap dan padu.

Secara amaliyah anggota PAS didedahkan kepada persoalan Siyasah Syariyyah, satu bidang ilmu politik Islam yang mencabar dan memerlukan kefahaman dan ilmu. Timbul darinya konsep ‘Tahaluf Siyaasi’ dan persoalan perubahan masyarakat secara ‘Tadarruj’ mengambil kira maslahah dan mafsadah.

‘Rahsia’ kesatuan PAS ini akan dapat dipertahankan sekiranya semua pihak walau apa sekalipun latar-belakang mereka berpegang teguh kepada konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan yang sama seperti yang disebutkan tadi.

Zaman ini sememangnya satu zaman yang amat mencabar bagi gerakan Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia di mana PAS perlu menghadapi persoalan kefahaman ummat Islam yang beraneka corak di dalam PAS serta yang menyokong PAS itu sendiri. Dalam masa yang sama PAS juga perlu berhadapan dengan kefahaman ummat Islam yang menentangnya dan kefahaman masyarakat bukan Islam yang telah mula memahami kesyumulan perjuangannya.

Sekira PAS tidak mampu menzahirkan perpaduan di kalangan yang bersamanya, di atas alasan berlatar-belakang yang berbeza seperti ABIM, JIM dan sebagainya, bagaimana ianya akan mampu menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan ugama di Malaysia? Sifat keterbukaan dan inklusif Islam terhadap perbezaan pendapat serta khilaf amat sangat perlu difahami dan dihayati. Maka golongan yang sering berusaha untuk mengadu-domba sesama ahli perlu dipinggirkan dan tidak dilayan.

Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud, tetapi melalui konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan kepada sumber yang sama, cabaran ini akan dapat diatasi. Pengalaman akan merapatkan dan selarikan pandangan dan pengalaman ini akan membuktikan ketepatan dan kesilapan sesuatu tindakan.

Allah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada manusia melalui berbagai cara. Tidak ada yang memonopolinya dan sekiranya, pada akhirnya mereka semua datang kepada PAS, melalui apa cara dan persatuan sekalipun seperti yang telah ditetapkan Allah, maka PAS berbesar-hati menerima mereka dan mendengar pandangan dan pendapat mereka, membincangnya, menerima yang baik dari mereka, sehingga tertubuhnya satu gerakan massa yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah Ar-Rasul seperti yang dicita-citakan semua.

Datangnya mereka sebagai ahli atau penyokong, secara peribadi atau berkumpulan seperti NGO, harus disambut baik dan diterima sebagai rakan kerana asas perjuangan, iaitu untuk menjadikan Al-Quran sebagai dustur hidup orang-orang yang beriman dan pembela seluruh ummat manusia, adalah sama.

‘Rahsia’ wawasan seperti inilah yang akan membangunkan PAS. Tanpanya ia akan menyebabkan PAS lemah dan tidak berkembang.

WaLlahu 'Alam

Gadis laknat ini kutuk Nabi Muhammad dalam Facebook

Entah apa yang ada di fikiran gadis betina laknat ini sehingga sanggup mempersenda Nabi Muhammad S.A.W dan ajaran Islam…

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.



KATA .. BN KUAT TAPI SEKAT DS ANWAR BECAKAP DAN LARANG SIVARASA MASUK SARAWAK !




Percayalah, selagi demokrasi TIDAK diamalkan secara telus dan dikendalikan lebih profesional oleh pengendali bebas seperti SPR peluang Pakatan Rakyat menang memang terbuka luas. Malangnya Malaysia mempunyai parti pemerintah yang bingai, penipu dan perasuah khususnya BN dan para pemimpinnya yang tidak rasional, bersifat tidak anak jantan dan memperkudakan institusi, agensi dan jabatan kerajaan sebagai alat berkempen, markas kempen dan sebagainya. Selain itu, para pemimpin parti kerajaan terlalu bersikap tamak dan gila kuasa dan terdesak membuat fitnah yang mengada-ngada.
Dan terkini BN tahu mereka akan kalah namun tektik jahat ditambah den gan menghalang ayam tambatan PKR Sivarasa dari memasuki Sarawak. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang berucap di satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.
Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalulintas.
Akhbar See Hua Daily News pula melaporkan polis cuba memberhentikan majlis itu sebelum ketibaan Anwar lagi.
Mun dilaporkan merampas mikrofon apabila ADUN Kuala Sepetang yang juga bekas exco Perak Tai Sing Ng sedang berucap dan menuntut beliau menunjukkan kad pengenalannya.

Selepas berunding dengan ADUN Padungan Dominique Ng, penganjur majlis bersetuju supaya upacara itu diadakan di dalam kedai kopi tanpa menggunakan sebarang mikrofon.

Namun, hanya segelintir daripada hadirin yang berjaya menyelitkan diri ke dalam kedai kopi itu, dengan ratusan lagi berada di luar. Menurut See Hua Daily News, jumlah yang hadir adalah 800 orang.

Ng berjaya berucap dengan kebanyakan hadirin berpeluh kerana kepanasan kira-kira 20 minit sebelum Anwar tiba.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.
Ketika dihubungi, Ng berkata majlis malam semalam itu juga bertujuan meraikan ulang tahun ke-12 PKR di Sarawak.

“Kami juga ada membawa kek hari jadi untuk acara itu. Adakah sambutan hari jadi sekarang ini pun aktiviti haram?” soalnya.

Pilihan raya sepatutnya adalah satu-satunya amalan harmonis dan manusiawi dalam sistem demokrasi yang diamalkan di kebanyakan negara-negara di dunia sejak sekian lama yang memberi peluang secara langsung kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas, terbuka dengan mengikut undang-undang atau Perlembagaan negara atau negeri masing-masing. Di Malaysia, sudah 12 kali pilihan raya umum diadakan sejak awal merdeka lagi pada tahun 1959 hingga pilihan raya ke 12 pada tahun 2008. Pilihan raya umum ke 10 Sarawak satu lagi peluang rakyat untuk memilih atau mengundi secara terbuka, bebas dan menyuburkan amalan demokrasi pada alaf baru ini.

Apakah masih diharapkan ciri-ciri kebebasan dalam amalan sistem demokrasi, sikap keterbukaan 'elit politik' dan situasi kondusif untuk rakyat mengenali erti demokrasi sebenar di Malaysia menjadi suatu yang nyata. Atau sekadar benar-benar menempuh kesukaran dan keperitan dalam masa penguasaan politik yang cukup lama di bawah parti-parti yang bergabung di bawah BN. Lagi dahsyat semasa 20 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir demokrasi seperti menuju ke alam gelap gelita di mata rakyat untuk mengenal apa itu demokrasi sebenarnya. Dengan kebebasan media sama ada elektronik atau cetak yang dimonopoli sepenuhnya BN, sikap mengugut rakyat, rasuah politik dan bermacam-macam lagi tindakan yang bersifat monopoli. Sementara kem pembangkang hanya mengharap ruang berkempen dalam masa cukup terhad, disekat pula dan selain itu difitnah secara tidak bertamadun oleh penguasa elit politik yang berselindung di balik bangunan kerajaan, agensi kerajaan dan sebagainya mempengaruhi rakyat supaya memilih calon-calon BN.
Percayalah, selagi demokrasi diamalkan secara telus dan dikendalikan lebih profesional oleh pengendali bebas seperti SPR. Sementara parti pemerintah khususnya BN dan para pemimpinnya lebih bersikap rasional, anak jantan dan tidak memperkudakan institusi, agensi dan jabatan kerajaan sebagai alat berkempen, markas kempen dan sebagainya. Selain itu, para pemimpin parti kerajaan tidak terlalu bersikap tamak dan gila kuasa. Insya-Allah, peluang parti-parti pembangkang di Sarawak, Sabah dan Semenanjung akan lebih baik dalam pilihan raya umum kebangsaan ke 13 akan datang.

Peniaga Melayu kaya raya di Melaka Maju, Syabas Umno

Oleh: amkns

"MBMB jangan zalimi kami - Sinar Harian 30 Mac 2011. BANDA HILIR - Bagi memberi laluan kepada sebuah projek pembangunan, 25 peniaga kecil di deretan gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini bakal kehilangan sumber pendapatan.

Bukan kerana risiko kehilangan pelanggan, sebaliknya mereka menerima notis supaya mengosongkan premis masing-masing hanya dalam tempoh tiga minggu. Difahamkan, notis dikeluarkan MBMB itu bagi memberikan laluan projek pembinaan tempat letak bas yang bakal dinamakan Pahlawan City.

Mengikut notis ditandatangi Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu, peniaga dikehendaki mengosongkan gerai perniagaan masing-masing dalam tempoh 21 hari. Bagaimanapun, MBMB bersetuju untuk memberikan wang ehsan RM300 sebulan kepada peniaga selama setahun sementara menunggu projek itu siap, selain tawaran lokasi baru dengan sewa separuh lebih murah.

Malah, MBMB juga menjanjikan tawaran untuk menempatkan semula kalangan peniaga terlibat di kawasan tersebut sebaik projek berkenaan siap sepenuhnya dan diserahkan kembali kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Namun, segala tawaran itu tidak disenangi peniaga menyebabkan mereka membantah. “MBMB jangan zalimi kami peniaga kecil.” Itulah antara rintihan 25 peniaga terbabit yang seolah-olah hilang arah tujuan. Peniaga, Siti Normala Ibrahim, 30, berkata, lokasi baru itu belum menjamin sambutan pelanggan seperti tempat lama.

Menurutnya, dengan bebanan hutang yang terpaksa dijelaskan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) dan beberapa institusi kewangan lain, dia bimbang ia akan menyebabkannya berdepan dengan masalah besar.

“Sekurang-kurangnya kami perlu mencari RM1,000 sebulan bagi membayar semua itu, sedangkan pampasan ditawarkan hanya RM300 sebulan dan jumlah itu jauh daripada yang kami minta sebelum ini iaitu RM150 sehari,” katanya ketika mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan MBMB itu, semalam.

Turut serta, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sedarhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah. Peniaga kraf tangan, Jamuri Khalil, 44, berkata, dia akan kerugian sekurang-kurangnya RM100,000 sekiranya berpindah ke tempat baru berdasarkan nilai barangan di gerainya.

“Mereka tempatkan kami di Dataran Pahlawan sebagai ganti sedangkan peniaga sedia ada kini pun susah untuk mendapatkan pelanggan, inikan pula kami orang baru,” katanya.

Peniaga gerai makanan, Mahmud Seeron, 47, pula bimbang jaminan MBMB kerana setakat ini tiada sebarang perjanjian hitam putih memastikan mereka diletakkan kembali ke tempat asal selepas projek itu siap sepenuhnya kira-kira setahun nanti.

Deretan gerai berkenaan menempatkan tujuh peniaga gerai makanan, manakala 18 lagi peniaga barangan kraf tangan. Sebelum di tempatkan MBMB di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu, mereka dikatakan sudah mengalami tiga kali proses perpindahan atas alasan sama, iaitu pembangunan.


Sumber: Sinar Harian"

Yang tak pandai urus air bukan ke kelantan & kedah ? Negeri Najib : Krisis A

Oleh Lebai Pas



Krisis air paling teruk PM jangan dok kalut kempen Sarawak ja. Nie negeri hang dah dekat nak darurat dah ni. Umum juta- juta ringgit untuk negeri orang, yang negeri hang dah gegaq gempa pasai ayaq!!!!!

Mana pi Ismail Sabri Yaakob ( Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan & Ahli Parlimen BERA) & Saifuddin Abdullah (timbalan menteri pengajian Tinggi & ahli parlimen TEMERLOH ).

TEMERLOH Bera Mentakab – Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di sekitar bandar Temerloh, Bera, Mentakab dan Seberang Temerloh termasuk Hospital Sultan Haji Ahmad Shahterputus bekalan air sejak empat hari lalu hingga mendatangkan kemarahan mereka terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA).

Difahamkan masalah yang berlaku di beberapa taman perumahan dan kampung tradisional itu adalah antara krisis air paling teruk di daerah ini sejak banjir besar penghujung 2007.
Di Taman Setia Jasa, seramai 1,800 penduduk memasang sembilan kain rentang yang mengandungi pelbagai ayat untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap JBA berhubung masalah bekalan air itu.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pelanggan JBA Pahang, Jalaini Jasman berkata, masalah itu berlaku berikutan paip utama bersaiz 600 milimeter (mm)yang membekalkan air dari loji Kampung Lubuk Kawah pecah.
( tak kan lah paip 60cm pun hang ambik masa lama macam ni? )

Menurutnya, JBA mengenal pasti lokasi pecah di Kampung Megat Segama dan kerja-kerja baik pulih sudah selesai namun ia memerlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya kerana berlaku tekanan udara yang tinggi dalam paip.

Operasi SPRM : Kengkorang Agak Ada Tak Pemimpin Umno Yang Di Tahan.

Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.

Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.

“Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.

Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

“Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.

Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.

“Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara,” katanya.

Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.

SURAT KHABAR 1MALAYSIA

JAHATNYA AKHBAR-AKHBAR INI


Apa nak buat, dah jadi darah daging kamu ! Dasar akhbar pengampu!. Kita pun tahu, kamu akhbar pro Umno, akhbar kerajaan!. Tetapi apa-apa pun maruah penulis haruslah dijaga. Beretikalah sikit dalam menghasilkan penulisan!!

Apakah kamu ingin menunggu DS Anuar mati, baru hendak menulis secara beretika?
Tak mungkin!,… sebabnya? Umno telah menanam impian, ingin menjadi pemerintah seumur hidup! Jadi, selagi ada parti dan pemimpin yang bergelar pembangkang mereka mesti diserang habis-habisan. Tak kira apa cara sekali pun! walau dengan melanggar norma-norma kehidupan dan undang-undang! seperti yang berlaku sekarang ! dulu dan selamanya!

Sikap bias kamu wahai akhbar pengampu amat melampau! Laporan berat sebelah kamu terhadap parti pembangkang amat memualkan, kotor dan jijik, lebih-lebih lagi apabila melaporkan hal-hal yang berkaitan dengan DS Anuar Ibrahim pemimpin utama pembangkang. Kamu ingin memalukan Anuar, tetapi hakikatnya kamu telah menelanjangi diri kamu sendiri!, Dan seluruh rakyat telah dapat melihat dengan jelas, bahawa kamu sememangnya tidak ada KEMALUAN! Kesiann!. Akhbar kamu pula menerima nasib lebih malang, kerana pembaca semakin menjauhkan diri!!

Beretikalah ;
Kamu bekerja dengan akhbar-akhbar ini dibayar gaji, dan dengan duit gaji itulah kamu menanggung perbelanjaan keluarga termasuk memberi makan anak bini!. Maka buatlah kerja dengan ikhlas, jujur, bertanggung jawab dan berpegang kepada etika. Janganlah membuat laporan yang berat sebelah. Jangan menghasilkan tulisan yang bersifat fitnah! buruk sangka! atau ada unsur-unsur mencaci dan menghina. Kalau gaji yang diperolehi dari hasil kerja fitnah dah tentu haram!. Sanggupkah memberi anak bini makan dengan duit haram?

Tetapi apa yang berlaku sejak sekian lama hingga hari ini kamu penulis-penulis akhbarharamjadah yang berhati Yahudi! telah menulis berita dan laporan tentang Anuar secara kotor, jahat dan langsung tidak propersional!. Kamu seolah-olah telah menjadi hakim mahkamah, kerana tulisan kamu yang bersifat menuduh dan menghukum!!

Strategi jahat ; Buat dulu cerita palsu! hebahkan !

Prinsip dan matlamat kamu hanya satu,..Sesiapa saja pemimpin pembangkang terutamaDS Anuar Ibrahim perlu diberi fokus utama. Cerita-cerita yang memalukan, mencemar imej dan maruah mesti dicipta dan disebarluaskan. Contohnya, seperti “ Kes Liwat 1” dan “Kes LiwaT 2”

Dan terkini - kes terbaru yang disensasikan ialah “video seks” – Sebagaimana biasa isu ini telah disensasikan dan disebar dengan meluas. Anuar Ibrahim awal-awal lagi telah dituduh dan didakwa oleh oleh penulis-penulis upahan dan penulis-penulis akhbar pro Umno. Dakwaan dan tuduhan ini diperkuatkan lagi oleh pemimpin-pemimpin Umno dan badan Ngo yang pro Umno. Semuanya memberi komen-komen yang negatif terhadap Anuar!. Anuar dicela habis-habisan. Manakala pemilik video lucah haram itu, pembikin dan penayangnya disenyapkan atau diminimakan beritanya,

Hakikatnya, Anuar sendiri pun tak tahu menahu kisah Video seks itu, tetapi sebagai tindakan yang bijak beliau telah membuat repot polis, menafikan dia terlibat. Dan untuk pengetahuan pembaca beginilah kaedahnya pihak akhbar dan Umno membuat kerja. Laporan polis pun belum dibuat, dakwaan dimahkamah jauh sekali! tut tut! Anuar sudah dijatuhkan hukum oleh akhbar pengampu dan pemimpin Umno – parti berkarat hijau itu!!

Oleh : rahimothman

Tuesday, March 29, 2011

Anwar: Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN


Anwar Ibrahim berucap pada program Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011. — Foto oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 29 Mac — Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu.

Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

“Ujian ini tidak melemahkan semangat saya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”

“Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya,” katanya lagi.

“Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah... bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani,” kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Tiga “Datuk T” yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

“Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)... tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.

“Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes... jadi saya minta kezaliman ini dihentikan,” katanya.

Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya.

Dalam ucapannya itu, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata peristiwa pendedahan itu yang dibuat Datuk T adalah satu perkara yang “menjijikkan”.

“Sejak satu minggu (lalu) di televisyen, radio dan surat khabar, adalah satu peristwa yang jijik, bagaimana kalau fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak.

“Skuad khas akan sampai dan tidak akan benarkan rakaman tersebut ditonton, ini menunjukkan ‘double standard’ seolah-olah ia adalah satu komplot politik,” katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur juga mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun “Datuk T” telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut.

“Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat,” katanya.

Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik “kotor dan jijik”.

“Kita perlu adakan mesyuarat meja bulat, panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan agama untuk kita menamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menangkap Datuk T ini,” tegasnya.-TMI

Noh Omar si Lidah Kontot disiasat SPRM pagi tadi isu baja taik lembu RM 5 billion(terlates daripada pak cik aku kroni UMNO Selangor)


tengok tengok tengok..muka cam gampang kan???harharhar...muka haram jadah!!!!!
ah??dosa hina ciptaan Allah??layakkah ciptaan Allah ni dipuji???
heeeeeeeeeheeeeeeeeeheeeeeee(ape aku gelak cam pontianak ni?)

noh omar adalah bersih...tajuk tu tipu2 je..

sila baca berita harian hari ini punya...

noh omar lidah kontot bermuka macam gampang..

announce peruntukkan sebanyak...rm 5 bilion sedang diperhalusi..

untuk memajukan tanah sawah padi beberapa hektar yg terbiar...

harharhar..

kelmarin ...kata malaysia banyak hutang..berbilion2

hari ni .....kata rm 5 bilion nk digunakan untuk memajukan sawah padi..

lusa..salahkan pembangkang sbb malaysia berhutang..projek tk menjadi...

inilah dia apabila muka gampang dan berlidah kontot jadi ahli politik..

mmg pundek..

bapak sapa la ni??

apa???isu baja taik lembu???tipu je laaaaaaaaaa

(DISCLAIMER:sesape yg cuba kecoh ngn tajuk posting aku sedangkan isi posting jelas2 belaka menceritakan cerita yg lain diminta bertaubat dan jangan jadi bangang dok pi bagitau kepada si mangsa dan media massa)

DIDAPATI DARI : keazamanmalaysia.blogspot.com

Kapal selam: Thailand beli enam RM770 juta, Malaysia beli dua RM6.7 bilion


Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206.

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli enam kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta (7.7 bilion baht).

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

P/S : MMG LA MAHAL SBB KAPAL SELAM TU KENA CUKAI....ITU LA JAWAPAN PALING TEPAT

Hot! Bekas menteri umno hina Alquran!

Aku tidak akan komen panjang entry neh. Tetapi sebagai orang islam, aku, ko dan kita semua [penganut islam] tahu sangat bahawa ;

1. Alquran ialah kitab suci tak kira baru ataupun berusia lama [rupa luaran]

2. Apa penting dalam Alquran ialah hikmah yang terkandung di dalam nya.

3. Alquran dibentuk-kan dalam keadaan zat yang kita boleh pegang tetapi meskipun Alquran berusia lama dibakar [bagi mengelakkan di pijak2, disalahgunakan pada masa akan datang] zat hikmah yang terkandung dalam Alquran tak akan hilang.

4. Alquran bukan individu. Ia adalah kalam Allah swt. Kalam = kata-kata. Yakni bermaksud Alquran ialah kata-kata langsung dari Allah swt [yang disampaikan menerusi malaikat] kepada umat manusia. Alquran dibekalkan oleh Allah swt kepada kita sebagai pembimbing untuk menerangkan kepada kita bagaimana harus kita selusuri kehidupan alam ini mengunakan pelbagai akal. [akal iman, akal logik, akal hukum, etc]

Baca bawah ;

Kita dah faham sangat penghinaan mereka terhadap ulama. Cuma kita tak faham apa kena mengena Alquran dalam kebencian dia terhadap Nik Aziz? Nik aziz bukan Alquran pun. Gila ke menyamakan ulama = Alquran pula..? Bodoh ke dia neh? Kalau tak suka nik aziz pun, jangan babitkan Alquran.

Aku tak galak sesiapa pergi hina nik aziz. Aku cuma cakap, kalau tak suka nik aziz, jangan babitkan Alquran. Itu je.

Neh sambungan petikan di atas bagi mereka yang nak bacaan penuh ;

Kalau sekiranya Nik Aziz tidak dapat memberikan jawapan yang jelas dalam soal ini saya harap Nik Aziz tidak akan merasa tersinggung apabila beliau dianggap sebagai ulama politik yang hanya pandai memutarbelit keadaan sebenar untuk kepentingan parti sahaja.”
Zam yang juga penyandang Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) akui bahawa sememangnya Nik Aziz mempunyai kekuatan dalam mengelirukan masyarakat sebagai seorang yang banyak membuat fatwa-fatwa yang boleh menimbulkan salah faham kepada umat Islam.
“Umpamanya Nik Aziz pernah menyatakan bahawa orang-orang yang menuduhnya harus menjawab kepadanya di akhirat seolah-olah dia orang benar dan banyak lagi, malah dia pernah menyatakan bahawa saya ini budak celaka. Saya terkejut bagaimana dia sebagai seorang ulama boleh berkata demikian.”
Tambahnya lagi, kebiasaannya apa juga yang dikatakan oleh Nik Aziz akan mudah dipercayai lantaran sikapnya yang meyakinkan orang kerana bijak bermain retorik.
“Nik Aziz tidak menukarkan imejnya dari sejak dia jadi anggota Dewan Rakyat pada tahun 1963 hingga sekarang dari segi pemakaian dan mengajar agama sedangkan orang lain bertukar. Ini adalah sesuatu kekebalannya tetapi disebaliknya pelbagai pembohongan dengan perkara yang tidak logik dan fatwa-fatwa yang tidak betul telah dikeluarkan.
“Pemimpin Pas ini tidak sedar bahawa segala sebutan mereka itu telah mendedahkan imej mereka sendiri dan ini jelas apabila kita nampak ketakutan mereka malahan video-video caci maki mereka terhadap pemimpin kerajaan juga hilang dari pasaran ketika itu apabila pendedahan secara meluas dibuat oleh media,” katanya.
Terangnya lagi, ini secara tidak langsung telah membetulkan akhlak mereka ketika itu kerana apa yang mereka katakan dulu, mereka tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang, apatah lagi sikap mereka yang berubah-ubah.
Mereka ini bukanlah ulama sezaman tetapi ulama-ulama kuno yang kolot dan ketinggalan zaman,” tegasnya lagi. - MediaUMNO

20 Keistimewaan Wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.



2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.



4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.



5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.



6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.



8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.



9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.



12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)



15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.



17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.



19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.



Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.