Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Tuesday, April 26, 2011

Syed Husin: PKR terus siar lidah parti tanpa permit


NONEPKR akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu tanpa permit memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian dalam negeri masih tidak membuahkan hasil, kata senator Syed Husin Ali.
Katanya, langkah itu diambil memandangkan parti itu telah berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu permit penerbitan lidah parti itu.
"Tapi sampai sekarang temujanji itu masih belum berlaku," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Naib presiden parti itu, Tian Chua telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan itu pada Oktober dan seterusnya pada November tahun lalu.
"Kami ingin tahu apakah kementerian mengambil sikap politik terhadap PKR," katanya lagi.
Tambahnya, PKR kini tidak mempunyai pilihan selain menerbitkan akhbarnya tanpa permit.
"(Nampaknya) pemerintah sengaja hendak galakkan satu benda haram dari segi undang-undang," katanya lagi.
suara keadilan 100210 bala implicate nasirKatanya, permit bagi penerbitan Suara Keadilan tidak lagi diperbaharui oleh kementerian sejak Jun 2010.
Bagaimanapun, Suara Keadilan tetap diterbitkan dengan menggunakan judul berbeza selepas permit penerbitan akhbar berkenaan berakhir pada 7 Julai 2010.

Suara Keadilan mula berdepan masalah dengan KDN sejak akhbar itu memuatkan satu laporan kontroversi berhubung status kewangan Felda pada Jun tahun lalu.
Siri laporan khas berhubung status kewangan Felda itu disiarkan dalam edisiSuara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun.
Ekoran itu juga, akhbar berkenaan disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 kerana didakwa menyiarkan satu dokumen sulit kerajaan dalam satu edisi susulannya.

No comments:

Post a Comment