Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, April 25, 2011

Terengganu " PAS GANTI UMNO " Berpontensi Besar

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/mesyagungknerus%20039.jpgKUALA NERUS – PAS tidak sesekali memandang ringan terhadap kebarangkalian berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka pada tahun ini, lebih-lebih lagi apabila Umno banyak menganjurkan program

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, kesedaran itu membuatkan pihaknya tidak pernah lalai menghadapi persiapan dan sentiasa bersiap sedia ke arah pilihan raya dengan semangat untuk merampas Putrajaya.

“Kita melihat itu (program retreat UMNO) adalah petanda awal (pilihan raya). Jadi, ini mungkin mengiakan desas-desus kita dengar bahawa kebarangkalian berlaku pilihan raya tahun ini memang ada.

“Kita tidak memperkecilkan kebarangkalian wujudnya pilihan raya tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Nerus di Masjid At-Taqwa, Batu Enam, di sini, Sabtu 23 April.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai program retreat yang sedang dilaksanakan UMNO dalam memperkukuh jentera parti bagi menghadapi kemaraan lebih cemerlang dalam pilihan raya akan datang.

Retreat secara bersiri dlaporkan akan menumpukan kepada semua kawasan termasuk lapan kawasan yang kalah dalam Pilihan Raya Umum e-12, Mac lalu.

Nasharudin bagaimanapun yakin dengan potensi besar PAS di negeri ini dalam usaha PAS merampas kembali dan menggamtikan Umno Terengganu.

“Saya rasa rakyat kenal dengan isu-isu dan kita akan berusaha keras supaya kita dapat mentadbir semula Terengganu,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar Pas Jun ini, beliau enggan mengulas mengenai perkara itu dan jawapan ‘no comment’ diberikan ketika diminta mengulas mengenai Pas Kawasan Temerloh yang mencadangkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar jawatan yang disandangnya ketika ini
.

No comments:

Post a Comment