Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Friday, April 22, 2011

SPR TELUS ATAU TAK BIAR RAKYAT YANG TENTUKAN

SPR BUAT-BUAT LUPA SEJARAH KIRA SEMULA UNDI 5 KALI PRU 2004


SPR Sarawak pertahankan tindakan pegawainya YANG TIDAK BETUL?
Benarkah , SPR boleh tolak permintaan calon untuk kiraan semula ? Takkan calon ada pangkat datuk atau bekas imam besar sahaja boleh minta kiraan undi semula.

PRU 2004 Selepas pengiraan semula sebanyak (lima) 5 kali, ketua parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sarawak mempertahankan keputusan dan tindakan pegawai pengurus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Senadin yang enggan mengira semula undi di pusat penjumlahan pada 16 April lalu.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah, berkata keputusan Pegawai Pengurus Chai Ko Het menolak pengiraan semula undi merupakan satu keputusan dan tindakan yang betul dan tepat berdasarkan undang-undang pilihan raya khususnya subperaturan 23A (1), subperaturan 25 (13) dan subperaturan 25D (5A), Peraturan-peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.


"Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengurus N65 Senadin itu, bolehlah memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah tinggi dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya itu disiarkan di dalam warta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari in
i.

No comments:

Post a Comment