Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, April 14, 2011

Kalau ramai lagi ..Hatta Wahari..?

KENA LAHIRKAN RAMAI LAGI WARTAWAN UMPAMA HATTA WAHARI...selepas itu kita tengok apa jadi Utusan Meloya..hi hi berani kerana ..kebenaraan dan Keadilan..Undur Kalah dan Takut...bukan halangan untuk berjuang...teruskan perjuangan anda wahai Hatta Wahari..Pencinta keadilan dan Kebenaraan bersama-sama anda

Hata didapati bersalah burukkan Utusan

Panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd mendapati wartawannya Hata Wahari bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media.

Hata yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia berkata, panel berkenaan akan mengemukakan syor kepada pengurusan Utusan Melayu bagi mengambil tindakan ke atasnya.


NONE"Dalam masa dua minggu lagi akan dapat keputusan (daripada pengurusanUtusan Malaysia)," kata Hata ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Hata berkata, lapan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya itu adalah berdasarkan lapan laporan berlainan yang disiarkanMalaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.

Hata yang juga presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbarUtusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Tambahnya, keputusan hari ini dibacakan oleh pengerusi panel siasatan berkenaan, Mohd Basir Abdul Rahim, hari ini.

Ketika ditanya, Hata berkata beliau tidak dapat menjangkakan hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya.

Wartawan berkenaan bagaimanapun telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh pengurusan Utusan.

Dalam satu siasat panel berkenaan pada awal bulan lalu ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak berkata wartawan kanannya itu mempunyai niat jahat terhadap akhbar tersebut

No comments:

Post a Comment