Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Sunday, April 10, 2011

Lagu Lama BN Di Sarawak Makin Sumbang Pada Telinga Pengundi


SHAH ALAM 10 APRIL : “Apa yang pembangkang boleh
buat? Mereka hanya bercakap tetapi hanya kita boleh
lakukan,” itulah lebih kurang tema yang dibawa oleh
Ketua Menteri Taib Mahmud dan pemimpin BN yang
lain ke seluruh pelosok Sarawak untuk pilihanraya
negeri ke- 10.

Namun masa sudah berubah, slogan seumpama itu
menjadi usang kali ini kerana BN Sarawak berdepan
dengan Pakatan Rakyat yang mentadbir dua daripada
negeri paling maju di Malaysia - Selangor dan Pulau
Pinang.

Dan biar apapun yang cuba digambarkan oleh media arus perdana, hakikatnya ialah, pembangkang kali ini
mempunyai rekod cemerlang mentadbir Selangor dan Pulau Pinang sebagai tonggak ekonomi negara di
samping melaksanakan program-program membela golongan terpinggir.

Oleh kerana itu, mesej yang cuba dibawa sekali lagi oleh Taib dan BN bahawa pembangkang kononnya
tidak layak menguruskan Sarawak agak hambar dan menerima sambutan dingin kali ini.

Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim di Kuching, Sibu dan kawasan bandar lain serta di rumah-rumah panjang adalah untuk membawa
mesej yang tegas dan lantang bahawa Pakatan Rakyat mempunyai kebolehan dan kewibawaan untuk
mentadbir secara telus dan dinamis.

Sejak penamaan calon Rabu lalu, Taib dan menteri-menterinya cuba meyakinkan pengundi bahawa masa
depan mereka terletak dengan BN dan Pakatan tidak lebih daripada sebuah entiti pembangkang yang
hanya boleh “membuat bising.”

Namun Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS tidak datang ke Sarawak kali ini dengan tangan kosong tetapi
berbekalkan segala data (termasuk video) untuk membuktikan mereka adalah gabungan yang boleh
mengotakan janji atau “walk the talk.”

Walaupun menghadapi pelbagai kekangan dari Putrajaya, kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah
dan Kelantan masing-masing mempunyai rekod yang membanggakan sama ada dari segi menarik
pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, mengekang rasuah mahupun melaksanakan program-program
sosio-ekonomi.

Agak terlalu awal untuk merumuskan sama ada mesej dan bukti-bukti yang dibawa oleh Pakatan Rakyat
bersabit Selangor dan Pulau Pinang khususnya, akan diterjemahkan dalam undi untuk gagasan itu
seminggu dari sekarang.

Namun apa yang nyata, ialah rakyat Sarawak, baik di bandar dan pedalaman semakin terbuka untuk
mendengar mesej yang dibawa oleh Pakatan kali ini.

Penghuni rumah panjang tidak lagi menutup pintu kepada pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Di Kuching dan Sibu, ribuan rakyat hadir pada ceramah-ceramah secara sukarela, tanpa disogok dengan
wang atau pun makan percuma.

Keadaan sebegitu mewujudkan persekitaran yang memberi ruang kepada Pakatan Rakyat menyampaikan
mesej bahawa gagasan itu menerusi pimpinan Baru Bian bersedia menawarkan masa depan yang baru
kepada rakyat Sarawak.

Janji manifesto BN untuk menjadikan Sarawak negeri paling kaya di Malaysia mendapat sambutan suram
di kalangan rakyat yang sudahpun mengecapi pemerintahan Abdul Taib Mahmud untuk 30 tahun.

Persoalan asas mereka ialah kenapa sampai sekarang Sarawak yang kaya dengan balak dan minyak serta
hasil asli lain boleh tercorot menjadi negeri keempat termiskin di Malaysia.

Kenapa ratusan ribu rakyat Sarawak masih tidak ada akses kepada sekolah, jalanraya, elektrik dan air
manakala pemimpin-pemimpin yang mereka dokong selama ini hidup di rumah bak mahligai bermandi
kekayaan.

Sekali imbas, sentimen “anti establishment” di kalangan pengundi Sarawak mirip dengan “mood’ pengundi
di Semenanjung pada pilihanraya umum 2008.

Namun Pakatan Rakyat tentunya akan membuat kesilapan besar jika beranggapan mereka akan mendapat
laluan mudah untuk menduduki tampuk pemerintahan Sarawak.

Mereka berdepan dengan Taib Mahmud seorang seteru politik yang cukup berpengalaman dan terdsak
atau “desperate” untuk mengekalkan kelangsungan politiknya.

Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan kekuatan BN di peringkat negeri tetapi juga BN pusat yang
memerlukan kemenangan mutlak di Sarawak untuk meyakinkan semua bahawa rakyat menerima pimpinan
Datuk Seri Najib Razak.

Pada hari-hari mendatang, pengundi Sarawak boleh mengharapkan lebih banyak janji-janji wang untuk
kawasan masing-masing. Masalah yang bertahun-tahun bertimbun seperti hakmilik tanah akan diselesaikan
dalam sekelip mata.

Namun yang lebih penting ialah pengundi mendengar jelas mesej yang dibawa oleh BN dan Pakatan Rakyat.

Satu adalah mesej dari parti pemerintah yang sekali lagi menjanjikan masa depan begitu cerah di bawah
langit biru Barisan Nasional.

Satu lagi, cabaran supaya rakyat Sarawak bangkit menuntut perubahan dan pembebasan dari
pemerintahan rakus dan berasuah.


1 comment:

  1. Salam Bro.... Jika kita nak menegakkan Islam, kita kena ikhlas menegur dan pastikankan teguran kita beradab. Tapi bagi gua, gua pakai maki hamun jer kat kat Umno pasal cara lembut dah tak berkesan. Pastikan ikatan diperkukuhkan dalam menghadapi umno yang celaka... Selamat berjuang.

    ReplyDelete