Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Sunday, April 10, 2011

BN Mula Menabir Rasuah, SPR Hanya Tutup Mata.

Sejumlah RM345 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena sepanjang tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata projek-projek yang diluluskan sepanjang tahun ini di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu termasuk beberapa projek pembangunan jalan bagi menghubungkan kawasan pedalaman serta beberapa lagi projek infrastruktur asas bagi kemudahan rakyat.

Berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Balai Raya Sebauh di Bintulu, Muhyiddin berkata antara projek yang akan dibina adalah sekolah-sekolah dan kemudahannya, perumahan rakyat dan pembinaan jalan Sebauh-Bintulu bernilai RM10 juta.

Projek-projek lain termasuk jalan masuk ke Klinik Desa Tumbau (RM4 juta), jalan sambungan Bintulu (RM32 juta), jalan Ulu Sebauh-Bintulu (RM15 juta) dan jalan Ulu Segan-Ulu Sebauh, katanya pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 2,000 penduduk.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, ahli parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan calon BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga penyandang Kemena, Stephen Rundi Utom.

Muhyiddin berkata peruntukan yang besar itu menunjukkan bahawa BN tidak hanya berjanji tetapi melaksanakan apa yang telah dijanjikannya.

Selain pelbagai projek yang diluluskan, beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan beberapa projek lagi yang dicadangkan bagi pembangunan Kemena.

Dalam pilihan raya negeri kerusi Kemena 16 April ini, Rundi berdepan calon Bebas Liam Rengga, calon PKR Bernard Binar Bayang ak Rading dan calon Snap Ungun ak Bayang, yang mempunyai seramai 14,082 pengundi.

No comments:

Post a Comment