Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, April 11, 2011

Najib Perkudakan SPRM

KUALA LUMPUR: Tragedi menimpa arwah Ahmad Sarbani Mohd, berpunca daripada campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. Shamsul berkata, campurtangan itu jelas tertera seperti yang termaktub dalam Akta SPRM 2009 sekaligus membuktikan agensi itu hanya melakukan tindakan berdasarkan kehendak Perdana Menteri.


“Secara praktisnya, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak seperti termaktub dalam Bahagian 2, Perkara 5 (1) yang meletakkan Yang Di Pertuan Agung dengan nasihat Perdana Menteri untuk melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM selama apa-apa tempoh dan syarat yang ditetapkan Perdana Menteri. “Kuasa mutlak yang diberikan kepada SPRM melalui Perdana Menteri memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan mengekalkan cengkaman Barisan Nasional terhadap agensi kerajaan itu.

“Adalah lucu Perdana Menteri yang mempunyai kepentingan politik berkuasa melantik Pesuruhjaya SPRM dan sistem rimba seperti ini jelas menekan SPRM untuk terus menurut perintah Najib,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru Shamsul mencadangkan agar Malaysia mencontohi negara yang mempunyai sistem yang baik dalam menangani rasuah seperti ‘Independent Commission Agains Corruption’ di Hong Kong dan ‘Singapore Corrupt Practice Investigation Bureau’ di Singapura.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Menyedari hakikat ini, AMK mendesak Perdana Menteri untuk melaksanakan tiga tuntutan bagi mengelakannya terus tercalar. “Pertama, meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa parlimen dan bukan dibawah Perdana Menteri seperti sedia ada. Ini penting bagi memastikan SPRM bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan bukannya Perdana Menteri.

“Kedua, menubuhkan badan Pemantauan Bebas untuk proses penyiasatan seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai badan pemantau Polis sekaligus mengelakkan salah guna kuasa dan kekerasan SPRM. “Ketiga, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes kematian Arwah Sarbani yang menjadi misteri kepada selurah rakyat Malaysia,” katanya lagi

No comments:

Post a Comment