Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Tuesday, April 5, 2011

Boleh Caya Ke Tak Ni? Kompius



Ha... ha... ha....

Bekas polis kata institusi kepolisan tak boleh dipercayai. Setuju 110%!!

Ini bukan orang awam biasa yang cakap.... Ini seorang bekas polis yang cakap. In fact, bukan sorang bekas polis yang cakap tetapi dah banyak orang dah. Jadi... kita ada asas untuk buat kesimpulan bahawa sah polis Mehsia sudah hilang integriti. Tarak boleh percaya lagi. Senget sebelah!!

Mereka bukan lagi jaga keamanan dan ketenteraman awam tetapi mereka pencetus kekecohan dan kekacauan terutama sekali terhadap rakyat yang menyokong pembangkang.

Mereka bukan lagi membanteras jenayah tetapi mereka bersekongkol dengan penjenayah dan melindungi penjenayah dan ada yang melakukan jenayah.

Mereka bukan lagi pelindung rakyat tetapi mereka sudah jadi barua dan anjing kerajaan UMporNO/BN yang menindas rakyat.

Sebab itu, gua sokong 110% dengan bekas polis Voon Lee Shan, agar IPCMC ditubuhkan bagi membendung gejala salah laku dan membaikpulih integriti institusi kepolisan yang sudah busuk akibat terpalit dengan taik dari tong taik UMporNO!!

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.

Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.

“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

“Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan,” soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.

Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.

“Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.

“Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini,” kata beliau yang kini seorang peguam.

Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.

Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu.

No comments:

Post a Comment