Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Saturday, April 9, 2011

Perhatian! Jaga peti surat rumah anda baik-baik!

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.Budaya politik lucah terus diamalkan oleh gerombolan songkok tinggi untuk meraih sokongan rakyat Malaysia agar menyokong Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Rakyat Malaysia yang mempunyai anak-anak kecil, atau mudahnya anak-anak jagaan di bawah umur, dinasihatkan agar berhati-hati dan berjaga-jaga. Rumah anda mungkin akan menjadi sasaran untuk dikirim dengan kiriman-kiriman komik lucah yang akan merosakkan fikiran anak-anak jagaan anda.

Politik lucah seks dan liwat kini menjadi amalan gerombolan songkok tinggi untuk meraih sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Baru-baru ini mereka sudah mula giat menghantarkan komik-komik lucah ke rumah-rumah sebagai taktik kempen terbaru [MsiaKini].


Jika anda menerima komik-komik dan gambar-gambar lucah di rumah anda, sila laporkan terus kepada pihak berkuasa Polis. Jangan biarkan mereka merosakkan fikiran anak-anak anda dengan bahan-bahan lucah. Tolak politik lucah, tolak politik selak kain!

No comments:

Post a Comment