Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Sunday, April 10, 2011

Sultan Selangor gantung gelaran Datuk Kong Choy


KUALA LUMPUR, 10 April — Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada bekas timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy (gambar) yang kini berhadapan dengan tuduhan mahkamah berkaitan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Baginda turut menggugurkan gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Berhad, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis pada 29 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan dihadapi Chan, bekas menteri pengangkutan, adalah serius memandangkan ia berkaitan dengan kepentingan awam.
Gelaran itu akan digugurkan jika Chan disabitkan kesalahan, kata beliau lagi.
Chan, bekas ahli Parlimen Selayang, menerima gelaran itu pada 2003.

Ting dikurniakan Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk pada 1996 dan pembatalan darjah kebesaran itu berkuat kuasa 24 Mac lalu.
Chan telah didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya akhir Februari lalu.
Beliau mengaku tidak bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.
“Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran D.P.M.S. adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Tan Sri (Chan) tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” katanya lagi.
Khusrin menambah Sultan Selangor membuat keputusan penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran Ting setelah mempertimbangkan bahawa pengisytiharan bankrap ke atas beliau adalah tidak sesuai bagi seseorang yang memegang darjah kebesaran dan bertentangan di bawah Statut Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia 1966.
“Manakala penggantungan darjah kebesaran ke atas Tan Sri Chan dibuat setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atasnya adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment