Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Saturday, April 9, 2011

Bukan Lagi Rahsia.....Kantoi dah...

Terbarai dan terkantoi


Bismillahirrahmanirrahim....

Mukadimahnya dulu...

KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri. [lagi di sini]

Kah.. Kah... Kah...

Cerita sebenar sudah keluar. Penipuan mereka sudah terbarai. Puak-puak kapal selam sudah terkantoi!! Aha.... ada sesiapa tercirit?? Atau pun.... sudah mula berasa sengal perut...???

Ini bukan fitnah. Ini bukan rekaan. Semua orang sudah tahu. Aku jer yang lambat masuk N3. Hari ini baru teringat dan berkesempatan. So... layan jer lah.

Ini temberang Pak Menteri dari Malaysia di dewan yang mulia iaitu di Parlimen. Kata dia dulu....

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006.

Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Tipu!! Tipu!! Temberang!! Mereka cuba nak kencing rakyat Malaysia. Hari ini, temberang mereka sudah terbarai. Siapa penipu?? Kerajaan UMporNO/BN PENIPU!! Penipuan mereka terbukti di mahkamah Perancis dan didedahkan oleh sebuah laman web di sana.

Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Oooitt ada sesapa nampak Razak Baginda?? Dengar citer dah cabut lari keluar negara. Kononnya, sambung belajor. Betoi ke??

Yang masih ada di sini ialah kawan baik dia jer.... Dengor cerita tengah tunggu masa jer nak tercirit. Ya ke atau tidak.... wallahua'lam.

Hmmm....... RM493 juta komisyen telah dibayar kepada Perimekar Sdn. Bhd. Fuuuhh...... banyak nyer duit tuu.... Pakai duit rakyat pulak tu. Mencurik namanyer tu. Tak baik... Berdosa tahu!!

Aaaiii... tak nak tubuhkan RCI ke?? Kes penipuan besor ni. Sebab.... yang menipu ini ialah kerajaan Malaysia yang diterajui UMporNO/BN.

Siapa ke Menteri Pertahanan semasa kejadian pembelian dan pemberian komisyen tu berlaku?? Tak boleh dibiorkan...

Ssssyyyyuuuuu.... diam.. diam. Cakap pelan-pelan. Bahaya... Orang tu ada kuasa. Karang naya kita. You tahu and I tahu, sudah. Sysyyyyyuu...

Woit!! Satu dunia sudah tau la!!!

Kah... kah... kah... Mereka sudah kantoi!!

No comments:

Post a Comment