Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Friday, April 1, 2011

Minyak naik lagi 20 sen tengah malam ini, 2 April 2011 - TRIMAS 1MALAYSIA...

Gua malas nak komen banyak pasal kegilaan kerajaan gerombolan songkok tinggi ni. Mulai tengah malam ni, minyak Ron 97 akan dinaikkan sebanyak RM 0.20 berkuat kuasa serta merta [Msian Insider]. Angin tak ada ribut tak ada, tapi harga minyak naik juga. Korang jangan tanya kenapa harga minyak naik? Jangan tanya apa alasan kerajaan gerombolan songkok tinggi menaikkan harga minyak?



Dia punya sifir mudah je bro, Sarawak nak buat pilihanraya negeri. Kerajaan nak pakai duit banyak fullstop. Bila kerajaan nak pakai duit, kerajaan akan mintak duit dari siapa? Macam biasalah, rakyat yang kena keluar duit. Bagaimana? Naikkan harga minyak, maka kerajaan akan dapat duit banyak.

Bagaimana pula kalau rakyat marah kerajaan naikkan minyak? Kerajaan tak bimbang ke nanti rakyat tolak BN di Sarawak? Tak perlu bimbang, kerajaan dah plan baik punya, malam ni nak naikkan harga minyak, Buletin Utama TV3 suku pun keluarkanlah kenyataan Ketua Polis Negara, "Video seks Anwar terbukti tulen, bukan video palsu!".[Video seks tulen].

Maka huru haralah lu orang semua rakyat Malaysia, mendengar kenyataan Ketua Polis negara tentang video seks Anwar Ibrahim yang dikatakan tulen sampai tak sedar kocek lu orang dah rabak dikoyakkan oleh kerajaan. Duit lu orang jatuh mencurah-curah masuk dalam kantung kerajaan. Selepas pilihanraya nanti jadilah lu orang macam wartawan Utusan yang mengeluh dengan kenaikkan harga barang lu klik sini [Wartawan Utusan].


source:
http://milosuam.blogspot.com/2011/04/minyak-naik-lagi-20-sen-tengah-malam.html#ixzz1IKoq3rT2

No comments:

Post a Comment