Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, March 31, 2011

Terbukti Boleh!!

Terbukti Boleh!!


Dulu UMporNO dengan angkuhnya berkata.... jika Pakatan Rakyat memerintah, pelaburan asing tidak akan masuk ke negeri-negeri tersebut.

Ya ler tuuu...... depa fikir, depa ler yang paling hebat dan terer mentadbir negeri. Hanya UMporNO dan BN jer yang pandai memerintah. Tiada yang lain, selain UMporNO dan BN.

Malas aku nak bersoreh bebanyak, pasal labun dan gebang besor puak-puak tak sedor diri ni. Kuat perasan. Tapi.... di pihak kita pulak, apa yang kita mesti buat ialah proof them wrong dengan mengemukakan bukti. Nah.... ambik ngko!!

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan jumlah pelaburan negara dari Timur Tengah dalam tempoh dua tahun sejak 2008, mencecah RM376 juta.

Bercakap pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, beliau berkata negara itu meliputi Arab Saudi melibatkan lapan projek, Iran (tiga projek) manakala Syria dan Turki masing-masing satu projek.

“Sebanyak 13 projek negara dari Timur Tengah diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Miti) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Mida) di Selangor dengan nilai RM376 juta,” katanya.

Khalid berkata, Selangor melalui SSIC Berhad memantau dan menyelaras mesyuarat teknikal bersama agensi yang terlibat, supaya pembangunan dirancang pelabur dapat disiapkan dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Dalam sektor pelaburan, beliau berkata, kerajaan Selangor memberi penekanan kepada industri berasaskan teknologi tinggi dan mesra alam, selain industri berasaskan pengetahuan dan kemesraan alam sekitar,

Exco Selangor, Teresa Kok berkata, Barisan Nasional (BN) berdusta rakyat apabila mentohmah negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak mampu menarik minat pelabur asing, lebih-lebih lagi pelaburan Selangor keseluruhannya mencecah RM29.3 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2010.

“Ini adalah pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, Selangor mencapai bilangan projek perindustrian dan peluang pekerjaan tertinggi berbanding negeri-negeri di kuasai BN.

“Selangor mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi dengan 905 projek dan bilangan peluang perkerjaan yang mencecah 80,000 berbanding dengan negeri lain bagi tempoh yang sama,” tambahnya.

Teresa berkata, melalui data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Mida), jelas menunjukkan tohmahan Umno BN bahawa pelaburan Selangor jatuh sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, adalah tidak berasas.

Malah, tambahnya, selain Amerika Syarikat dengan modal pelaburan RM4.7 bilion, German, Jepun dan Singapura juga turut merupakan pelabur asing utama kepada pemangkin ekonomi Selangor.

“Negara pelabur asing utama Selangor ialah Amerika dengan pelaburan RM47 bilion, German dengan RM35 bilion, Jepun dengan Rm3.4 bilion, dan Singapura dengan nilai RM1.8 bilion,” katanya. [sini]

Semasa UMporNO dan BN memerintah..... rasuah 'selaras', ketirisan 'selaras', penyelewengan 'selaras' dan kekayaan para pemimpin UMporNO serta kroni-kroni mereka turut 'selaras' begitu tinggi sekali. Fuiyo.... hebatnya UMporNO memerintah dan mentadbir negeri. Hebat.... Hebat.... Sungguh hebat!!

Pakatan Rakyat pulak.... tak pandai memerintah. 'Lingkup' Selangor dibuat mereka!! Para pelabur masuk berpusu-pusu..... Bawak pulak pelaburan bernilai berbilion-bilion ringgit.....

Isy....isy.... Pakatan Rakyat ni, memang tak pandai memerintah. Pelaburan asyik mencurah-curah masuk. Pendapatan negeri pulak semakin meningkat.

Apaler Pakatan Rakyat?? Sebab komer tak pandai memerintahlah.... negeri Selangor semakin makmur dan rakyatnya pula semakin sejahtera kehidupan mereka.

Kah...kah... kah.... Pakatan Rakyat tak pandai memerintah, ya?? Ater.... itu ke sebabnya UMporNO, kini mengeletor rupa orang kena demam malaria tapioka jer??

Cer citer...!! Cer citer...!! Sebab itu ke komer terdemam??

Tak per.... Tak per.... pergi gali kubor siap-siap. Mengkalor tumpor nanti, senang ler kami nak campak UMporNo ke dalam kubor tu!!

No comments:

Post a Comment