Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Wednesday, April 6, 2011

Sibuk dengan video Ehem, tahanan Imigresen cabut diri


Gambar hiasan

Kah...kah...kah...itulah gelak rakan saya dengan ‘bala’ yang sedang melanda negara beberapa hari ini. Dalam sibuk-sibuk pasukan yang kuat menjaga negara dengan isu video, tiba-tiba seramai 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

Menurut laporan media kerajaan, sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.

Mereka merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam kelmarin (4 April).

Sama ada nampak atau tidak, boleh juga dikatakan musibah ini yang berlaku di Negeri Sembilan ini bala yang diturunkan oleh Allah bagi membuka fikiran kepada sesiapa yang boleh berfikir dengan akal.

Seperti yang rakyat sedia maklum, buat masa ini pihak polis yang menjalankan perintah pemimpin negara sedang sibuk memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat secara umum termasuk di Negeri Sembilan.

Bala yang tidak nampak dilihat oleh mereka yang buta mata hatinya ini juga satu tamparan kepada pemimpin negeri sembilan setelah Pusat Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut dan berlaku pula kes serangan asid di Seremban.

No comments:

Post a Comment