Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Wednesday, April 6, 2011

Isu Pahang: Gara-Gara Kenyataan Panas Semasa Taklimat Lynas, Blogger Di Ugut Akan Di Kenakan Tindakan Saman Oleh YAB Menteri


KUANTAN, 6 April - Gara-gara kelantangan beliau mendedahkan bahawa pasti ada "wang pelincir"yang menyebabkan isu panas pembinaan kilang memproses tanah nadir "rare earth", yang menyebabkan Kerajaan Negeri Pahang bermati-matian mempertahankan projek tersebut, makaMohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali dengan nama Blogger Cucumatkilau(kini Eksekutif Pengiklanan & Krew PDO) bakal dikenakan tindakan saman oleh MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob. Beliau melaporkan demikian awal pagi tadi selepas pulang dari majlis Taklimat Awam Lynas yang diadakan di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat sini. Menurut Shukri, ketika itu beliau baru tiba ke rumahnya selepas singgah di Jungle Food Court Indera Mahkota. "Sekitar jam 12.19 tengah malam, saya menerima satu SMS daripada MB Pahang yang antara lain mengatakan beliau diberitahu saya telah menfitnahnya dalam majlis taklimat tersebut. Beliau kononnya berharap apa yang saya perkatakan itu tidak benar. Malah beliau mencabar saya mengulangi kenyataan itu supaya dia boleh mengambil tindakan undang-udang terhadap saya", kata Shukri. Dipercayai selepas itu Menteri Besar Pahang itu juga ada menghantar SMS kepadanya dan mencabar supaya beliau membuat kenyataan terbuka tentang perkara (wang pelincir) itu. Ini katanya, akan memudahkan MB untuk membuat tindakan saman terhadap beliau.

Demo Bantah Lynas Akan Ke Pejabat MB Pahang

Beliau juga ada melaporkan "Dia tidak takut dan hanya takut kepada Allah serta menyatakan dia tidak pernah mengambil satu sen pun wang dari Lynas. Beliau juga menuduh PKR bijak memutar belit kerana kerajaan luluskan projek tersebut setelah dapat pandangan semua jabatan dan pakar. Dia turut menegaskan bahawa Lynas bukan projek Nuklear atau soal radiasi dan bukan soal kanser. Malah dia turut mengatakan bitumen, telefon bimbit, televisyen itu lebih tinggi radiasinya daripada projek Lynas", kata beliau lagi. Malah katanya SMS terakhir yang diterima dari MB sekitar jam 1.46 pagi menyatakan dia sengaja beri peluang PKR untuk membuat fitnah dan selepas PKR letih barulah dia akan menjawab isu Lynas dengan hujjah dari pakar.Begitulah kenyataan daripada Shukri yang dihubungi awal pagi tadi. Sementara itu beliau turut menegaskan akan berjuang habis-habisan bersama rakyat untuk membantah projek ini. "Kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak mengadakan taklimat awam sebelum projek mahau diluluskan. MB kata dapat khidmat nasihat pakar, tapi pakar dari mana?. Nasihat pakar hari ini sudah tidak penting lagi dan yang paling penting rakyat di Kuantan tidak mahu kewujudan kilang Lynas di sini. Jika Kerajaan Terengganu boleh batalkan projek tersebut di Kemaman, maka kenapa MB mahu perjudikan nasib rakyat Pahang pula.


Bantahan rakyat isu Lynas akan digerakkan hingga ke Pejabat MB Pahang
Apakah dek kerana sudah tiada pelaburan lain yang lebih menguntungkan maka projek berbahaya ini dibawa masuk?. Jika rakyat didahulukan, maka Kerajaan Negeri wajar membatalkan projek tersebut. Jika tidak saya berjanji akan mengumpul seberapa ramai rakyat Pahang untuk sama-sama berarak dan berhimpun di perkarangan Pejabat MB di Wisma Sri Pahang untuk menadakan bantahan dalam masa terdekat ini. Kami akan bersama-sama memperjuangkan isu ini hingga ke penghujungnya. Biar pun dinafikan MB Pahang, namun saya tahu sikap beliau apabila meluluskan sesuatu projek termasuk sebelum ini kelulusan pembalakan, perlombongan dan sebagainya. Maka itulah saya akan terus lawan dan beliau boleh tuduh apa saja kepada saya sekarang, apa yang penting ialah anak cucu dan generasi akan datang perlu diselamatkan. Pernahkah Menteri Besar fikirkan semua ini?", kata Shukri lagi.

[Dalam pada itu Shukri turut menegaskan, beliau akan menubuhkan Badan Bertindak Projek Lynas (BBPL) untuk menggerakkan seberapa ramai rakyat ke Pejabat MB untuk menyatakan bantahan dalam masa terdekat ini. Rakyat perlu turun dijalanan dan jangan biarkan kerajaan UMNO BN terus memperkotak katikkan mereka lagi katanya. Baginya saluran sedia ada dipandang sepi oleh Menteri Besar Pahang,bahkan dengan angkuh terus mempertahankan projek berkenaan tanpa mengambilkira hati rakyat. Sebelum ini pun sudah dua kali projek berbahaya di bawa masuk ke Pahang seperti di Temerloh (Kilang Kertas) dan Raub (Lombong Emas). Kerajaan Negeri Pahang seolah-olah tidak pandai lagi untuk mencari pelaburan yang lebih bermakna kepada rakyat. Lantaran itu mereka menerima sahaja pelaburan yang datang hatta yang boleh membawa kemusnahan kepada manusia itu].

No comments:

Post a Comment