Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, March 24, 2011

Lagi Cepat UMNO Hancur Lagi Cepat Negara Pulih


" photoUmno telah pun lama berkuasa. Kekuasaannya memerintah Malaysia sebagai teras bagi BN diakui sebagai rekod kental yang belum pecah. Selogan Umno Dulu, Kini, Selamanya boleh dijadi kata keramat oleh ahli Umno yang taksub dan menolak tepi hukum sesuatu yang bermula akan berkakhir. Soalnya, apakah Umno boleh kekal...??

Jawapannya tidak. Umno bukannya hebat seperti yang disangka. Umno yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya punya gah pada zahir tetapi batinnya cukup lemah.

Lemahnya Umno datang dari kepimpinan yang penuh pura-pura. Bila pemimpinnya pura-pura ahli di bawahnya cukup biasa diperolok-olokan. Pendek kata, hidupnya Umno selama ini kena bijak bermain politik yang berpaksikan nafsu.

Nafsu Umno cukup besar. Sanggup berbuat apa saja untuk terus kekal walau memilih jalan yang tidak betul dan sehingga jatuh haram hukumnya. Soal dosa dan pahala tidak penting, yang penting apa saja yang boleh melampiaskan nafsu puas terlaksana menjadi matlamatnya.

Saya teringat dengan kata-kata Tun Musa Hitam (semasa menjadi Timbalan Presiden Umno -semasa itu bergelar Dato') dalam ucapan yang terakhir merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda/Wanita Umno Malaysia. Antaranya beliau menyeru agar ahli-ahli Umno dapat menjaga Umno ini baik-baik. Beliau bimbang Umno akan hancur disebabkan oleh orang-orang Umno sendiri.

Orang Umno (pemimpin dan ahli) bernafsu tebal untuk berkuasa tatapi tidak berpijak di landasan yang benar. Mereka sebenarnya digelumangi nafsu dahsyat dengan cara yang salah. Bukan sahaja sesama ahli bergasak, dengan musuh-musuh yang menjadi seterunya juga akan dihentam sama.

Umno sebenarnya jika tidak duduk di bawah BN, sudah lama hancur. Dan dengan hanya melalui BN survival Umno masih ada secara tenikal sama-mata. Sebab itu beberapa parti komponen BN telah mula berdehem kepada Umno memberi ingat, tetapi disebabkan nafsu yang tak kenal pada body-language mereka (rakan komponen BN) Umno sememangnya gila nafsu.

Kegilaan nafsu Umno semakin parah apabila kes Liwat 1 dan Liwat 2 dihidangkan kepada rakyat Malaysia. Ini kerja gila Umno. Dan yang terbaru, isu video perdana di Carcosa, serta terlibatnya secara langsung tokoh-tokoh dalam Umno menjelaskan semua kepada rakyat bahawa Umno memang mempunyai nafsu yang gila dan perlu dihentikan segera. Siapa yang boleh menghentikan ni semua..?? Hanya rakyat yang boleh menghukum Umno. Hanya rakyat yang boleh memastikan Umno ini runtuh kerana pemimpin dan ahlinya mendorong akan keruntuhannya.

Hari ini Tun Musa akan menyaksikan betapa kata-katanya dahulu akan menjadi kenyataan. Tun Musa juga pastinya telah bersedia untuk melihat Umno akan jatuh seperti jatuhnya Highland Tower yang cukup menyedihkan beliau secara peribadi pada awal 90-an. Tun Musa juga mahu melihat politik Malaysia kembali bersih dan berada di dasar atau landasan yang betul malalui Pakatan Rakyat contohnya.

1 comment:

  1. tak payah la umno nak masok sarawak ..
    tak guna . tak untung..

    ReplyDelete