Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Tuesday, March 29, 2011

Ohh Malaysiaku....politik kotor- luahan anak muda


"View ImageOhh Malaysiaku

maaf kalau entri kali ini agak kasar dan terlalu mengikut emosi.

cuma kali ini mahu melahirkan rasa benci dan meluat atas apa yang terjadi atas politik di negara kita, Malaysia.

semua orang tahu apa yang dimainkan atau dipaparkan di media-media perdana saban hari,
daripada orang yang tua hinggakan kanak-kanak tahu,
seolah-olah negara kita yang dicanang-canang sebagai negara Islam ini telah ketandusan isu,
isu-isu panas dalam kelambu, masuk ikut pintu belakang, makan luar, perempuan jalang, berpakaian tetapi telanjang...itu yang dipaparkan oleh media massa di Malaysia,
aduss, jika pemimpin negara pun sibuk dengan isu-isu sulit seperti ini,
apatah lagi rakyatnya terutama golongan muda,
yang semakin hari semakin hanyut dengan gelojak nafsu buruk yang membuak-buak,
seperti ketam mahu mengajar anaknya berjalan.

adakah kita mahu negara kita ini terkenal di mata dunia dengan isu-isu sulit seperti ini?
anehnya, isu seumpama ini tidak pernah putus, malahan bersambung seperti episod drama,
aneh dan pelik politik Malaysia,
segelintir manusia ini sanggup melakukan apa sahaja cara sekali pun,
untuk memenuhi hasrat hati yang sangat hina,
hingga sanggup memfitnah individu yang dibencinya dengan teknologi moden,
busuh hati mereka ini, bermula dari atas hingga ke akarnya,

adakah pemimpin negara kita sudah tidak ada kerja lain?
asyik melayan kisah-kisah sulit ini saban hari,
kepentingan rakyat diabaikan,
kepentingan kroni didahulukan,
rakyat yang miskin semakin miskin,
yang kaya makin kaya,
ayuh, berhentilah melayan isu-isu seperti ini,
bertindak la secara professional,
sekiranya kerajaaan anda kukuh dan mampu memerintah,
buktikan! kenapa harus isu lucah jadi permainan anda?
naik turun mahkamah pun, rakyat sedang ketawakan anda,
ayuh, bertindakla secara professional,
kalian semua bukannya kanak-kanak,
adakah rakyat memilih kalian semata-mata untuk bermain isu bodoh seperti ini?

masa masih ada,
rakyat sedang menilai,
pembangkang bukannya musuh,
pembangkang juga rakyat Malaysia yang sah dan yang mahukan keadilan ditegakkan,
buktikan!buktikan!buktikan!
jangan jadi bacul dan dayus!
hentikan kisah-kisah kotor ini...

jangan ajar rakyat anda untuk berfikiran kotor seperti anda!
hentikan paparan kisah/gambar/video yang tidak senonoh di akhbar dan televisyen,
anda berkuasa, laksanakan amanah anda sebaik mungkin!


pihak polis pula jangan berat sebelah,
anda dipercayai rakyat,
jangan kepercayaan yang diberikan akan bertukar menjadi kebencian,
ambil iktibar atas apa yang berlaku di Mesir,
rakyatnya bangkit, menentang pemerintah dan polis yang zalim,
adakah mahu melihat rakyat bangkit dan menentang polis?
jadilah polis yang profesional dan berkhidamat untuk rakyat tanpa pilih kasih.

Dari blog:
fightforjusticeforever.blogspot.com

sje nak sharekan, luahan anak muda "

No comments:

Post a Comment