Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, March 28, 2011

Polis Akhir Zaman



Polis di Malaysia boleh dikategorikan sebagai polis akhir zaman kerana tindak tanduk mereka sudah lari daripada yang sepatutnya. Sudah tonggang terbalik!!

Mana ke tidaknya?? Rakyat.... 'tuan' empunya duit yang digunakan untuk membayar gaji mereka, dijadikan musuh. Sebaliknya.... 'tukang jaga' yang diamanahkan untuk men aga duit rakyat pulak yang mereka jilat dan tatang. Binawe betoi!!

Nampak gayanya Polis Malaysia ni, sudah kompuis la!! Sudah malfunction, gila babas... akibat terkena 'toksid' UMporNO. UMporNO bukan ke toksid paling disasterous. Whatever comes in contact with UMporNo, pasti rosak dan tercemar punyer!!

Polis yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam, kini sudah menjadi penghura-hura ketenteraman. Polis yang sepatutnya bersikap adil, sudah senget dan berat kepada pihak politik yang memerintah. Pihak polis yang sepatutnya people friendly... kini sudah mula mengugut dan menganaiya rakyat. Pihak polis yang sepatutnya mencegah jenayah, kini sudah mula menjadi penjenayah apabila mereka mula bersekongkol dan melindungi serta bersubahat dengan penjenayah, terutama sekali penjenayah dalam kalangan orang politik UMporNO. Pihak polis yang sepaptutnya profesional, kini sudah bertindak gilerr babi dan macam haprak!!

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Lihat saja apa yang berlaku sekarang di perhimpunan rakyat. Kalau ia melibatkan puak-puak UMnporNo... aman dan diberi perlindungan. Tetapi, kalau ia melibatkan pihak pembangkan atau mereka yang tak sehaluan dengan UMporNO... pasti diperlakukan dengan ganas. Begitu juga di ceramah-ceramah yang melibatkan pihak pembangkang. Yang buat kacau dan mulakan hura-hara ialah pihak polis.

Lihat bagaimana mereka menyekat permit dan kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara secara aman. Apa berlaku ketika ceramah Anwar Ibrahim di Taman Melawati tempoh hari?? Perlakuan mereka seolah-olah yang sedang bercakap itu ialah seorang penjenayah tersohor. [sini]

Yang terkini ialah apa yang berlaku semalam. Hanya untuk menghantar notis kepada seorang politikus pembangkang pun.... 3 buah kereta polis yang sarat dengan anggotanya digunakan mengelilingi rumah hamba Allah tersebut. Bukan ke itu satu tindakan untuk menakut-nakutkan rakyat?? [sini]

Begitu juga dalam siri Finah yang melibatkan Anwar ibrahim. Very obvious.... pihak polis diperlembu untuk melindungi kuasa para pemimpin UMporNO. In fact, ia bukan saja melibatkan polis dalam kalangan yang berpangkat rendah tetapi juga mereka punya pangkat tinggi. Lihat saja kes pembunuhan Altantunya.... kes Balasubramnaiam... dan kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim takyah cakapler...... terang lagi bersuluh penglibatan dan subahat mereka.

Fuuhhh.... bikin malu betul!! PDRM satu institusi yang sepatutnya menjadi pelindung dan penjaga keamanan serta ketenteraman awam, kini sudah hilang kredibiliti dan integriti mereka akibat tercemar teruk dek toksid UMporNO. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka. 'Lembu' yang sudah dicucuk hidungnya ini sudah jadi begitu hina dan begitu keji di mata rakyat. [sini]

Ini semua petanda-petanda polis akhir zaman. Akhir zaman buat siapa??? Siapa lagi.... kalau bukan UMporNO!!

Selagi UMporNO terus bermaharaja lela..... selagi itulah polis kita akan hilang intergriti dan maruahnya. Fikir-fikirkanlah. Jadi, bagaimana nak pulihkan integriti PDRM agar bermaruah semua?

Ha... ha... ha.... campak jer UMporNO ke dalam kubor!! Berubahlah demi maruah!!

Petikan ini terpetik dari : http://motherof3mohd.blogspot.com

No comments:

Post a Comment