Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, March 21, 2011

Isteri Yang Taat Dan Menjaga Kehormatannya

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)

__________________________________

Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan.

Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak.

Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah.

Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh.

Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan.

Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.

Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami.

Yang perlu difikir:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya bapanya sempat bertemu dengan si wanita ketika dia sakit tenat?:-

Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada di sisi bapanya di saat menjelang ajal si bapa?:-

Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada bersama di majlis pengebumian bapanya?

Dosa si wanita dan bapanya diampunkan kerana taatnya si wanita mematuhi perintah suaminya.

Namun harus diingat juga, perlu ada timbangrasa di kalangan suami. Bukan bermakna si isteri perlu duduk di rumah bagaikan dalam penjara. Perlu diizinkan isteri keluar andainya perlu.

Yang perting dalam perhubungan suami isteri adalah kepercayaan. Kepercayaan mudah diperoleh, tetapi sekali ianya dirosakkan, amat sukar didapatkan semula.

No comments:

Post a Comment