Di dalam syurga, manusia akan dapat dengan segera menikmati segala keindahan yang di sukainya, dan bila-bila pun bebas melakukan apa yang di inginkannya. Di syurga, terdapat segala sesuatu yang di kehendaki manusia, bahkan lebih dari itu. Pahala melimpah yang diterima orang-orang beriman,
"(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka):. Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".(Az-Zukhruf : 68-72)
Sementara itu, keadaan mereka yang memperlakukan manusia dengan keangkauhan kerana berpaling dari Allah. Yakin setinggi-tingginya akan kemampuan diri sendiri, mereka tidak menghargai pendapat orang lain. Mereka bersikap keras dengan cara berfikir mereka sendiri, yang merupakan kecenderungan yang menyebabkan mereka terseret menjauh dari nilai-nilai Al-Qur'an.
Lebih penting lagi, mereka gagal mengenali kelemahan diri di hadapan Allah akan di kirim ke neraka.
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".(Al-A'raaf : 36)
Di sisi lain, mereka yang beriman sempurna akan dibalas dengan syurga kerana menghindari sikap tercela seperti itu. -
"Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Qasas: 83)
Diungkapkan Allah dalam Al-Qur'an adalah bagaimana menyelamatkan diri dari bisikan syaitan. Ini merupakan masalah penting bagi orang-orang beriman yang takut pada Allah dan menginginkan syurga, kerana bisikan sayitan itu menyesatkan dan memalingkan manusia sibuk dengan perbuatan remeh dan sia-sia.
No comments:
Post a Comment