Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, March 28, 2011

BLOGGER CMK MENENTANG NAJIB DI PEKAN?


Oleh: WFAUZDIN NS

SANTAI seketika. Baru-baru ni aku ada berjumpa dengan CMK (Blogger Cucu Mat Kilau) sewaktu kami dengan beberapa orang rakan dari bersembang di sebuah restoren berdepan dengan Pejabat PKR Pahang di Kuantan. CMK ni Blogger ternama yang selalu menulis di PahangDaily dan beliau dulunya ahli PKR dan telah pun keluar dari PKR.

Sewaktu PRK di Dun Kerdau baru-baru ni hangat diperkatakan bahawa CMK akan menyerahkan borang menyertai PAS. Tetapi berita tersebut tenggelam sehingga hangat pula diperkatakan bahawa beliau akan berpaling tadah untuk menyertai Umno. Bahkan, foto beliau berada di hadapan rumah pemimpin Umno sewaktu kempen hangat sedang berjalan tersebar di dalam beberapa blog. Aku sudah bersiap sedia untuk `berperang' dengan Blogger senior ini jika benar beliau menyertai Umno.

Sehingga aku berjumpa dengannya di Kuantan baru ni, ternyata bahawa CMK masih bersama perjuangan kita, tentunya tidak bersama Umno/Bn. Kami bersembang bermacam cerita darihal parti di dalam PR, tetapi tumpuan banyak tertumpu kepada parti PKR di Pahang sendiri.

Cerita paling menarik dan aku fikir seperti serius yang dinyatakan oleh CMK kepada aku adalah bahawa beliau bersedia bertanding di dalam PRU nanti. Tempatnya bukan calang-calang tempat iaitu di Parlimen Pekan. Beliau kata, harapan PR di Pekan nanti agak sukar kerana di sana bukan sahaja rakyat jati Pekan yang mengundi. Selain dari dua pengkalan tentera di Kem Batu 10 iaitu Kem Tentera Darat dan TUDM, terdapat juga kem AW di masukkan ke dalam Parlimen Pekan sebagai pengundi pos. Di Parlimen Pekan juga terdapat beberapa penempatan yang orang Pekan sendiri ramai yang tidak tahu datang dari mana. Sudah tentu peluang buat PR amat sukar di Parlimen Pekan.

Mengapa CMK tawar diri? Pertamanya, beliau mahu PR tumpukan kepada kawasan yang PR rasa boleh `makan' sahaja atau sekurang-kurangnya peluang PR 50-50. Parlimen Pekan, tewas hampir pasti buat PR bukan kerana Najib hebat di Pekan tetapi kerana ada `bantuan-bantuan' ghaib dari undi pos dan pendatang ke Pekan. Justeru itu, CMK merasakan beliau mampu membantu PR di Parlimen Pekan sekurang-kurangnya Najib tidak boleh berpeluk tubuh sahaja di Pekan.

Bila saya fikirkan, ada baik juga CMK bertanding di Pekan. CMK pun bukan asing di sana kerana beliau kerap kali `merisik khabar' beberapa kawasan di Pekan untuk meninjau sendiri benarkah Najib telah melakukan yang terbaik di Pekan. Setakat ini, CMK memaklumkan terlalu banyak rakyat Pekan memendam rasa terhadap Najib. CMK banyak mendapat maklumat daripada rakyat di Pekan tentang ketidakadilan Najib. CMK ada memberitahu saya beberapa fakta tentang perkara ini, tetapi saya merasakan adalah lebih baik CMK sendiri dedahkan nanti.

Cumanya, saya menyokong jika benar CMK ikhlas untuk bertanding di Parlimen Pekan. Paling kurang pun, PR harus memberikannya satu kerusi Dun di Pekan. Sebelum itu, CMK perlulah memilih mana-mana parti di dalam PR sekiranya beliau masih belum berparti. Mana tahu `si tikus boleh menghalau gajah'?/wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment