Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, March 24, 2011

Umno jadikan seks sebagai modal tarik sokongan politik

WarkahDaily, 24 Mac – Kerana terdesak, Umno-BN terpaksa menjadikan seks sebagai modal politik murahan mereka. Alangkah jijik dan dayusnya puak-puak Umno-BN ni. Dah takdak cara dah nak tarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka sehingga sanggup mempertaruhkan sebuah rakaman seks sebagai modal politik.

Keadaan ini menyebabkan maruah negara dan penduduknya yang majoriti beragama Islam teruk dicalar oleh pemimpin Umno-BN di mata dunia. Sudah pasti dunia akan memerhatikan gelagat bodoh, dayus dan kotor pemimpin negara ini dalam isu video seks.

Betapa rendahnya mentaliti dan moral pemimpin Malaysia. Ini menyebabkan negara luar hanya memandang sebelah mata sahaja negara Malaysia. Secara taktikal, pengaruh ini akan menyebabkan para pelabur tidak yakin dengan kepimpinan negara ini yang dipimpin oleh pemimpin yang sanggup menjatuhkan bangsa sendiri dan memalukan bangsa dan agama.

Kerana sempitnya pemikiran Umno-BN, pada asalnya mereka mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum (PRU) yang akan datang namun sebenarnya ia memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara.


Amir Md Ghazali.
Menurut laporan Harakahdaily, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali mendesak pihak polis supaya menjalankan siasatan secara telus dengan mengheret mereka yang terlibat dalam isu video seks yang terdiri dari tiga trio sekawan (Datuk T) ke muka pengadilan.

"Jika pihak polis boleh membuat serbuan terhadap premis yang menyimpan atau menayangkan video lucah, kenapa pula dalam isu ini, Datuk 'T' diizinkan untuk menayangkan video lucah, menyimpan dan menjemput media untuk menyaksikannya.

"Apakah undang-undang dalam negara ini tidak sama kedudukannya kepada golongan yang berbeza. Jika untuk kepentingan politik BN maka ia diharuskan. Jika melibatkan PR maka ia akan dikekang sejak awal lagi," ujarnya dalam kenyataan media yang diedarkan semalam.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan drastik yang segera bagi mengelakkan imej polis tercemar.


Ustaz Mohd Salleh Man.
"Buktikan kepada masyarakat bahawa polis tidak amalkan 'double standard'. Tidak kira sama ada pelakunya adalah di kalangan orang BN atau PR. Undang-undang negara mesti dihormati.

"Jika tindakan dan serbuan kerap dilakukan ke atas mereka yang memiliki video lucah,
kenapa orang yang mendakwa dirinya sebagai Datuk 'T' ini dibiarkan menentang undang-undang yang begitu ketara kesalahannya," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, turut mendesak pihak polis supaya mengambil tindakan segera setelah menerima aduan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai video lucah tersebut.

Tambahnya lagi, rakyat sedar ini merupakan salah satu lagi konspirasi yang cuba memburukkan imej kepimpinan PR menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Namun begitu, cara ini adalah paling jahat dan melampau.

"Sepatutnya pemimpin negara yang ada seperti BN jangan terlalu melampaui batas. Apakah pemimpin negara ini tidak pernah merasa malu kerana isu yang dibawa sejak sekian lama untuk menjatuhkan musuh politik hanyalah dengan isu persundalan sahaja," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment