Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Wednesday, March 23, 2011

CERAMAH AZMIN MENJAWAB HUJAH ADIK KANDUNGNYA UMI HAFILDA

YB AZMIN sewaktu berceramah di Besut bersebelahan dengan ceramah Umno yang menampilkan adik beliau, Umi Hafilda tetap bersemangat dan tekad untuk terus berjuang membela rakyat meski pun sabab hari difitnah oleh adik kandungnya Umi.

Azmin bersyukur dengan kehadiran pendengar di dalam ceramah anjuran PAS malam itu yang di luar jangkaan sama sekali apatah lagi Umno juga membuat ceramah di lokasi yang berhampiran. Jelas, rakyat Terengganu tidak berselera untuk mendengar umpat, keji dan fitnah dari `pelakun upahan' betina tua itu.

Beliau juga merujuk kepada sebuah Majalah Antarabangsa keluaran terbaru yang menyebut di Malaysia terdapat 40 orang jutawan. Daripada jumlah tersebut, hanya 6 orang sahaja terdiri daripada orang Melayu. Setelah lebih 30 tahun DEB kununnya diperjuangkan oleh Umno, hanya 6 orang sahaja orang Melayu lahir sebagai jutawan. Dasar itu gagal kerana sikap Umno yang mengamalkan rasuah dan kroni.

Siapa pula 6 orang Melayu yang jadi jutawan ini? Seorang daripadanya adalah Mukhzani anak kepada Mantan PM Tun Mahathir. Seorang lagi adalah Nazir adik kepada PM sekarang iaitu Najib. Di mana rakyat bawahan? Cukupkah sekadar mendapat kain pelikat dan topi sudu setiap kali pilihanraya.

Azmin juga menceritakan tentang isu DNA yang dituntut oleh puak-puak bodoh itu. Beliau menerangkan sebab-sebab mengapa DS Anwar tidak mahu DNA nya diserahkan akibat pengalaman lalu. Selanjutnya Azmin menyebut tentang kisah Saiful yang tidak pernah dibuktikan berada di dalam kondo sebaliknya hanya di lift tingkat 5. Mengapa tuan rumah kondo yang dikunjungi oleh DS Anwar pada tarikh tersebut tidak dipanggil untuk memberi keterangan? Mengapa rakan-rakan Anwar yang ada bersamanya ketika itu tidak dipanggil memberi keterangan?

Paling menarik Azmin bercerita tentang kisahnya yang sanggup menyerahkan DNA beliau, isteri dan anaknya semasa beliau ditahan dahulu kerana ada tuduhan bahawa anaknya adalah hasil hubungan sulit Anwar dan isterinya. Hasilnya, terbukti DNA menunjukkan bahawa anaknya itu adalah anak yang sah beliau bersama isterinya Shamsidar. Isu itu masih dijaja oleh betina upahan itu ke serata pelusuk negara. Ikuti seterusnya ceramah menarik dari YB Azmin.
/wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment