Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, March 21, 2011

Jangan Kedekut Wahai Saudara !!!

Tidakkah Kita Merasa Belas !!!

Diceritakan bahawa Al-Junaidi Al-Baghdadi setelah meninggal dunia, maka kedudukannya diganti oleh seorang lelaki yang bernama Muhammad Al-Hariri dan dia telah menetap di Mekah selama satu tahun. Dia belum pernah berbuka, belum pernah tidur, belum pernah menyandarkan punggungnya pada dinding dan belum pernah memanjangkan kakinya untuk berehat. Ketika umurnya mencapai 60 tahun, dia duduk dekat maqam Al-Quthbiyyah. Kemudian dia ditanya orang, "Keajaiban apakah yang kamu lihat?"

Dia berkata, "Sewaktu aku duduk di sudut masjid, tiba-tiba masuk sesorang lelaki yang tidak memakai kasut dan rambutnya pula terurai dan mukanya kelihatan pucat. Dia mengambil wuduk dan solat dua rakaat, kemudian dia menyandarkan kepalanya dekat kocek atas bajunya sehingga masuk waktu Maghrib. Apabila sampai waktu Maghrib, dia mengambil wuduk dan sembahyang, setelah itu dia tidur kembali seperti mulanya."

Berkata Muhammad Al-Hariri lagi, "Kebetulan pada malam ini, Khalifah Baghdad menjemput orang-orang Sufi untuk memberi nasihat, dan kami hendak keluar untuk pergi ke majlis itu. Sebelum pergi saya bertanya kepada orang fakir itu, "Wahai fakir, adakah kamu ikut kami ke Majlis Khalifah?"

Berkata Si fakir, "Saya tidak ada hajat dengan Khalifah, tapi saya mahu kamu buatkan saya roti besar."

Saya berkata di dalam hati, "Pelik betul orang ini, lain kita tanya, lain pula yang dia jawab." Kemudian saya meninggalkan orang fakir itu dan saya pergi ke Majlis Khalifah. Setelah selesai Majlis Khalifah, saya pun balik semula ke masjid dan saya lihat pemuda itu sudah tidur. Kemudian saya pun tidur.

Dalam tidur, saya bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. bersama dua orang tua yang bercahaya terang dan di belakang pula ada satu jemaah besar yang mana kesemua muka mereka bersinar berkilauan.

Ada yang mengatakan kepada saya,
"Inilah Rasulullah S.A.W. di sebelah kanan beliau ialah Nabi Ibrahim Khalilullah, di sebelah kiri Nabi Musa Khalimullah dan di belakang itu 124,000 para Nabi."

Kemudian saya menghadap kepada Rasulullah S.A.W dan hendak mencium tangan baginda S.A.W., tetapi baginda memalingkan muka dari saya.

Lalu saya bertanya.
"Ya Rasulullah, apakah kesalahan yang telah saya lakukan sehingga Rasulullah memalingkan muka dari saya?"

Rasulullah S.A.W. dengan wajah yang merah bagaikan intan merah kerana ketinggian peribadinya berkata, "Sungguh ada seorang fakir dari golongan kita minta roti, tetapi kamu tinggalkan dia kelaparan pada malam ini."

Saya terbangun dari tidur, dengan rasa takut dan gementar saya mencari pemuda itu, pemuda itu bersiap untuk keluar meninggalkan tempatnya lalu saya berkata, "Wahai Pemuda!!!, Demi Allah yang telah menciptakan engkau, bersabarlah sebentar, nanti aku ambilkan roti untukmu."

Berkata pemuda itu dengan tersenyum, "Wahai Tuan Syeikh, saya tidak memerlukan sesuap roti dari engkau. Dan di manakah kamu mendapatkan 124,000 para Nabi sebagai penolong hanya kerana sepotong roti?" Sambil berkata demikian dia menghilangkan diri.

Wahai saudara-sauadara sekalian, bersedekahlah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Janganlah kita pandang orang itu dari negara lain atau sebaliknya. Semua manusia itu sama sahaja, cuma Allah meletakkan manusia itu di mana-mana negara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya orang yang menyedekahkan wabg ringgit dan harta bendanya kerana untuk mendapatkan Keredhaan Allah, mereka tidak akan rugi sedikitpun Sebaliknya akan bertambah banyak lagi kurniaan Allah kepadanya, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment