Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Friday, May 6, 2011

Anwar Ibrahim Tetap Penasihat Ekonomi Selangor



KAJANG 6 MEI : Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap kekal sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dan tidak ada sebarang cadangan untuk memecat beliau.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan tunduk terhadap desakan untuk mengugurkan Anwar daripada jawatannya kerana beliau telah melakukan tugas sebagai penasihat ekonomi dengan baik.

Khalid berkata demikian mengulas desakan Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin yang meminta Anwar digugur sebagai Penasihat Ekonomi Selangor seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini.

“Jadi seorang professional yang boleh memberi nilai tambah, kita ukur dengan cara nilai tambahan. Jadi saya juga berpendapat perkara berkaitan video seks ini yang sebenarnya sebahagian besarnya ialah spekulasi, oleh sebab itu, kita tidak boleh mengambil keputusan berasaskan kepada spekulasi. Jadi saya rasa saranan Gaps itu merendahkan tahap Gaps,"katanya.

Menurut Khalid kes video seks yang dikatakan membabitkan Anwar hanya bersifat spekulasi dan ia tidak menjejaskan kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Khas Mesra Rakyat peringkat daerah Hulu Langat di sini, hari ini.

Gaps mengemukakan 15 dalil bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks berkenaan termasuk keengganan Anwar melakukan sumpah mubahalah.

Beberapa mufti sebelum ini mengecam tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mewakili gandingan Datuk T melakukan sumpah laknat kerana ia bercanggah dengan syariat Islam.

Malah Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria menjelaskan Anwar tidak perlu melakukan sumpah mubahalah kerana Islam menetapkan empat saksi untuk membuktikan
suatu pertuduhan zina.

No comments:

Post a Comment