Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, May 9, 2011

Umno-BN parah; peluang terbaik Pakatan



DUNGUN - Dengan pelbagai isu yang berlaku, PAS Terengganu menyifatkan parti Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam situasi politiknya yang semakin “parah”.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata hubungan diantara parti-parti dalam komponen Barisan Nasional khususnya BN dengan MCA, juga semakin rapuh.

“Kerajaan Umno-BN kini berada dalam satu keadaan politiknya yang makin ‘parah’. Mereka semakin rapuh dalam perpaduan antara BN-MCA,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima’ PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka dan Majlis Pecah Tanah Asrama Muslimat di
Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Pinang Merah, Paka disini Sabtu, 7 Mei.


[Gambar - Haji Yahya dengan ditemani Ustaz Satiful, melakukan uapacara pecah tanah]

Sebaliknya, beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang mendakwa PAS dan Pakatan Rakyat kini berada dalam keadaan peluang 'politik' yang sangat baik.

Inilah masanya, menurut Yahya, peluang terbaik kepada rakyat untuk melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi menggantikan kerajaan BN.

“Kita sekarang dalam keadaan peluang yang sangat baik untuk rakyat membuat perubahan dalam PRU ke-13 ini,” ujarnya.

Menurutnya, perubahan perlu dilakukan bagi menggantikan Umno dan kerajaan BN yang lemah itu.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka,
Ustaz Saiful Bahri Mamat.

No comments:

Post a Comment