
Para pelajar berpasangan, lelaki dan perempuan dok lepak ditepi pantai. Yang jantan dok atas riba perempuan dan yang betina dok atas riba jantan.
Mereka bercouple dan tidak memperdulikan persekitaran orang ramai dengan perkampungan nelayan dengan budaya timur. Apakah pihak UITM gagal dan peka dengan suasana persekitaran ini? Pihak pengawal keselamatan UITM hanya melihat begitu aje. Mungkin dah tak larat nak nasihatkan dan dah jadi kebiasaan. Kalau pihak pengurusan pun tak cakna, apahal pulak pihak ‘jaga’ dan bicara lebih-lebih.
Adakah ini budaya yang hendak dibawa dan dicernakan untuk menjadi ikutan masyarakat setempat. Sebagai pembawa contoh dalam masyarakat, perkara sebegini amat terkilan. Penduduk sekitar sebenarnya sudah muak dan meluat dengan budaya seperti ini. Ditambah pula dengan kelibat pelajar Politeknik. Mungkin sebahagian daripada mereka, tetapi kerbau yang dah lama bawak lumpur ini memang dah memberi imej sedemikian kepada pusat institusi hebat ini.
Permasalahan sosial yang saban hari dibicarakan hasil budaya yang dibawa oleh gehnerasi terdidik untuk bakal pemimpin Negara. Isu pergaulan bebas dan tinggal bersekedudukan. bahkan pernah melahirkan anak dalam tandas kampus. Pelajar yang terlibat dengan minuman keras. Berhibur dengan hiburan melampau bahkan sanggup menyewa resort untuk melepaskan hawa mereka. Terlibat dengan pil kuda dan dadah yang mengkhayalkan. Yang bermotor pulak merempit sehingga mengganggu penduduk setempat khususnya dimalam hari. Ada geng lembut dan bapok. ish 3X macam-macam ada...
Munasabahlah baru-baru ini timbul isu murtad seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, yang berumur 19 tahun. Tetapi mungkin pihak pengurusan tidak mengambil cakna isu yang sebegini dan dianggap terpencil tetapi ia mencemarkan nama baik UITM sendiri.
Permasalahannya sekarang apabila timbul dikalangan pelajar yang Nampak kecenderungan agama nescaya mereka segera dicurigai. Digeledah mencari apa buku yang mereka baca. Buku tulisan pimpinan Pas ke? Akhbar Harakah ke? Kalau pakai jubbah ada ikut program usrah ke? Kalau pakai kopiah malam-malam ni? Pergi kat ceramah ke?
Pihak HEP semangat untuk mengambil tahu perkara seperti ini tetapi kalau isu yang berkait sosial yang tidak selari dengan akhlak Islam nescaya dibiarkan sahaja. Yang terbaru heboh bagaimana pelajar lelaki dan perempuan diletakkan satu bangunan. Adalah alasan-alasan bodoh yang diberikan. Diharapkan pihak pengurusan akan dapat melahirkan generasi beriman dan bertakwa apabila tinggalnya para pelajar satu bangunan. Nanti letakkan sebilik akan tinggilah lagi takwa mereka ini??? Pihak pengurusan ni orang sembahyang ke tak???
Mungkin itu peninggalan Islam Hadhari atau itulah penerapan Islam Moderate tajaan Najib. Ataupun mungkin ada dikalangan mereka yang nak jadi pengampu, pelobi sebagai pendokong kuat UMNO-BN di Terengganu. Atau ada yang nak mengintai peluang nak jadi calon kot? Ada hajat nak lawan Pok Rosli ke? Cuba-cubalah kot ada nasib!
Kekadang kita sendiri celaru dengan matlamat dan kehendak institusi IPTA dalam membentuk dan melahirkan generasi yang terpilih dikalangan pelajar khususnya melayu dan Islam. Pelajar yang cemerlang selepas peperiksaan memilih untuk memasuki IPTA/IPTS dan sepatutnya menjadi tugas kerajaan dalam meletakkan hala tuju yang jelas kearah mana semua pelajar hendak dibawa. Kalaulah mereka dibawa menjauhi tugas khalifah Allah diatas mukabumi, nescaya semua mereka akan bertanggung-jawab didunia dan akhirat
No comments:
Post a Comment