Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, May 9, 2011

Utusan Sengaja Suburkan Sentimen Keagamaan Di Kalangan Rakyat


"Sumber: HarakahDaily

SHAH ALAM 7 MEI: Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan bahawa beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda
menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Jeff Ooi berkata, sebaliknya beliau melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh media kawalan Umno-BN dan blog pro Umno itu adalah tindakan sengaja parti itu untuk membangkitkan amarah rakyat.<

"Tindakan dua blogger pro-Umno itu sengajadibuat bagi menghasut rakyat supaya
membakar sentimen keagamaan dan kali ini sasarannya adalah komuniti Kristian."<

"Apa yang dilontarkan sebagai dakwaan oleh kedua-dua blogger pro-UMNO dan juga Utusan Malaysia hanya rekaan palsu dan bertentangan dengan fahaman agama Islam sebab mereka melontarkan fitnah terhadap saya."<

Semalam blog 'bigdog' mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.<

Dakwa blog itu lagi, apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya kerana DAP membawa strategi politik cauvinis ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi.<

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.<

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.<

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.<

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.<

"Saya menafikan saya sebagai seorang penganjur, yang kedua saya tidak mempunyai kuasa sebagai seorang Bugis untuk mengarahkan pihak Kristian untuk melakukan apa-apa yang didakwakan."<

Tambahnya lagi, pihaknya hanya menunggu masa yang sesuai untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah itu.<

"Saya masih berfikir dan saya mahu lihat bagaimana Utusan memainkan perkara ini. Kalau ia berlaku seperti mana yang dimaksudkan maka saya akan buat laporan polis."

No comments:

Post a Comment