Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Friday, May 6, 2011

Umat Islam Lain byk sedia mati untuk Osama, Tapi PM kita bangga Osama meninggal sbb dikatakan pengganas

100 pemuda Indonesia sedia korban nyawa balas kematian Osama


May 06, 2011 SOLO (Indonesia), 6 Mei — Sekitar seratus pemuda secara terbuka bertekad menyatakan kesediaan mengorbankan nyawa mereka untuk membalas dendam kematian Osama bin Laden — petanda populariti ketua rangkaian Al-Qaeda di kalangan kumpulan Muslim tegar di negara paling ramai penduduk Isalam ini.

Bantahan di Indonesia adalah antara beberapa negara mengadakan protes hari ini — lima hari selepas Osama mati di tangan pasukan elit AS.

Kumpulan itu yang memperkenalkan diri mereka Al Kaida Solo berkata, ia akan memfokus serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) — tetapi tiada petunjuk bahawa ia mempunyai kapasiti untuk berbuat demikian atau setakat cakap-cakap sahaja.

Sekumpulan anggota polis memantau perarakan di bandar raya Solo, tengah Jawa, tetapi tiada pihak ditahan.

“Seratus pemuda dari Solo bersedia untuk mati bagi membalas dendam atas kematian Osama,” laung Choirul, seorang ulama di Al Kaida Solo dan juga seorang anggota Barisan Pembela Islam (FPI) yang mempunyai sejarah keganasan termasuk serangan ke atas bar-bar, kelab malam dan pejabat majalah Playboy Indonesia.

“Perjuangan dia tidak akan berakhir,” kata Choirul di hadapan sekumpulan 60 kaum lelaki yang menutup mereka bagi mengelakkan identiti dikenali - TMI

No comments:

Post a Comment