Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, May 2, 2011

Utusan pecat Presiden NUJ Hata Wahari


KUALA LUMPUR, 2 Mei – Kumpulan Utusan telah memecat Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu.

Syarikat itu memaklumkan keputusannya itu dalam satu surat bertarikh 21 April 2011, yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman.

Pada 14 April lalu, panel siasatan dalaman Kumpulan Utusan mendapati Hata bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media tempatan.

Hata (gambar), wartawan kanan akhbar Utusan Malaysia, berhadapan dengan lapan tuduhan yang dikemukakan berdasarkan lapan laporan berlainan yang disiarkan portal dan akhbar.

Hata sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantang berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan ‘kelemahan’ dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Dia telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh Kumpulan Utusan.

Tidak jelas sama ada Hata akan dibenarkan meneruskan jawatannya sebagai presiden NUJ ekoran pemecatan hari ini, tetapi wartawan itu yakin kesatuan kebangsaan tersebut akan terus menyokongnya.

Dia juga merujuk kes J. Solomon yang terus kekal sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) meskipun dipecat oleh majikannya.

Hata menyertai Kumpulan Utusan pada 1995.

Pada 2009, Kumpulan Utusan turut menjalankan siasatan dan memecat Pengerusi NUJ cawangan Utusan, Amran Ahmad selepas didapati bersalah memfitnah syarikat itu dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
.



No comments:

Post a Comment