Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, May 9, 2011

Tun Mahathir: Ingat I PM lagi!!! dah konpem.


Jenis manusia bongkak payah nak tobat. Orang lain buat semua salah, dia aje yang betul. Tun Dr Mahathir orang yang mempopularkan bahawa orang melayu mudah lupa. Kita ingat beliau yang darah cap mamak tak lupa. Hari ini Allah tunjukkan bahawa beliau juga pelupa. Beliau lupa bahawa Allah gelarkan kejadian manusia sebagai ‘insan’ itu kerana pelupa.

Rupa-rupanya pelupa Tun Mahathir lagi parah. Beliau lupa bahawa beliau bukan Perdana Menteri lagi. Rupa-rupanya Dr Mahathir ni, selama ini dok syok bahawa beliau adalah PM lagi. Lor! Itu pasal ke hulu ke hilir mengalahkan Rosmah dan Najib sendiri.

Sekarang dia pulak berebut tarikh dengan PM dalam membubarkan pilihanraya.


Dr M: Perpecahan kaum tebal, Najib hanya perlu panggil PRU 2012


KUALA LUMPUR, 8 MeiDatuk Seri Najib Razak hanya wajar mengadakan pilihan raya umum tergempar tahun depan memandangkan perpecahan kaum di negara ini semakin tebal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah pilihan rayanya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tambahan empat negeri.


“Ia (pilihan raya umum) tidak harus diadakan tahun. Bagaimanapun terpulang kepada Perdana Menteri, kadangkala saya terlupa bahawa saya bukan lagi Perdana Menteri,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.


Bekas perdana menteri ini berkata, beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding masa-masa lalu. Dr Mahathir juga melahirkan pandangan yang sama semalam.
“Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012,” katanya.


Hari ini kata beliau, persekitaran semasa - perpecahan kaum tidak pernah berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri. “Saya merasakan rakyat berpecah, perpecahan kaum berada di kemuncak. “Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskpun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu, tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu,” katanya.


Kita tak tahu pulak beliau pelupa. Rupanya dah nyanyuk agaknya. Beliau mengatakan bahawa perpecahan kini teruk berbanding zaman beliau? Bukankah beliau yang mengamalkan politik Machievelli atas dasar ‘pecah & perintah’. Bukankah dizaman beliau orang melayu mula membenci UMNO. Dizaman beliaulah Umno diharamkan. Zaman beliaulah pecahnya Umno dan lahirnya Semangat 46. Zaman beliaulah lahirnya kezaliman. Bermulanya kronism, hancurnya sistem kehakiman, terkongkongnya media, rasuah berleluasa, pengadaian hak orang melayu. Zaman beliau juga lahirnya PKR. Daripada APU kepada PKR. Dizaman beliaulah orang mula meluat dengan UMNO. ISA bermaharajalela. Orang Pas ditukar, didiskriminasi, ditindas, dipenjara bahkan dibunuh. Perkapita SAR dirampas, Islam dihina, hukum Islam dipersenda. Makbulnya doa Arwah Fadhil Nor. Semoga Allah panjangkan umur Tun Mahathir akan dia melihat kesan dan hasil kejahatan tangan beliau.


Perpecahan kaum pula angkara siapa? Siapa yang membakar dan penasihat kepada PERKASA? Siapa yang meniupkan perkauman melampau selama ini? Kalau diberitahu kepada Tun Mahathir, beliau akan berkata: Eh! Ye ke! I dah lupa!!! Senang-senang diharapkan orang UMNO ambik baliklah Tun untuk jadi Presiden Umno semula. Berilah beliau peluang kedua?

No comments:

Post a Comment