Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, May 9, 2011

TGNA: MCA Sendiri Tak Percaya Utusan, Takkan Saya Nak Percaya


Nik Aziz ragui laporan akhbar

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui laporan sebuah akhbar arus perdana yang mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu jadikan Kristian agama rasmi negara.

“MCA pun tidak percaya akhbar ini, takkan saya mahu percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Muamalat dan Perbankan Islam peringkat Kebangsaan, di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan terdapat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut laporan itu yang memetik sebuah blog menyatakan majlis itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi namun beliau menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu ‘bigdog’ menerusi entri bertajuk
‘Making Christianity the official religion? dan blog Marahku.

Difahamkan, majlis makan malam dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel kelmarin. -SH

No comments:

Post a Comment