Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, May 12, 2011

Kerajaan Pusat Gagal Terjemah Islam Sebenar: Bekas Mufti Perlis


"
SHAH ALAM 12 MEI : Sebarang kecurigaan rakyat bukan Islam terhadap Islam di Malaysia berpunca daripada tafsiran-tafsiran mengelirukan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hukum-hakam agama demi mencari keuntungan politik, kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata Perlembagaan tidak mungkin dipinda untuk menjadikan Kristian agama Persekutuan Malaysia namun tidak dinafikan segmen tertentu Malaysia mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Melayu tertentu mengenai isu-isu yang menyentuh Islam.


“Saya melihat sebahagiannya bukan mempertikaikan Islam. Mereka mempertikaikan apa yang orang Islam fahami tentang Islam itu dan mereka tak tahu pula itu bukan Islam,” kata Asri.
“Itu bukan ajaran Islam tapi tafsiran saja. Macam isu (bukan Islam) masuk masjid, bukan Islam tidak boleh membuat senaman dalam kawasan masjid (dan ) orang bukan Islam tidak boleh sebut Allah. Ini semua tafsiran-tafsiran yang dibuat orang Islam di Malaysia,” tambah beliau.
Asri menolak dakwaan akhbar Umno milik Utusan Malaysia bahawa kononnya paderi-paderi Kristian bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Malaysia negara Krisitian.
Pelbagai pihak, khususnya pihak gereja, membidas laporan Utusan itu Sabtu lalu kerana cuba menyalakan api perkauman dan keagamaan.
Setakat ini kerajaan mengambil pendirian mahukan dakwaan Utusan itu disiasat. Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Gereja dalam usaha meredakan kemarahan mereka terhadap Utusan.
Dr Asri menegaskan semua kaum sepatutnya sudah selesa dengan Islam selepas 50 tahun agama itu diangkat menjadi agama persekutuan Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku.
“Dalam sejarah Islam orang bukan Islam, Kristian di Syria mereka minta supaya Islam yang menaungi negara mereka. Tapi di Negara kita, orang bukan Islam rasa tak selesa… kita kena tanya kenapa mereka tak selesa,” kata Asri.

No comments:

Post a Comment