Kata2 Semangat

My Photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Monday, May 2, 2011

PRU 13 : Dari mana pula dana Barisan Nasional diperolehi?

SALAH satu perkara penting yang harus diketahui oleh rakyat ialah dari mana datangnya sumber kewangan sesebuah parti politik untuk menjalankan kempen terutama di saat pilihanraya berlangsung?

Pakatan Rakyat diketahui umum mengumpulkan dana melalui derma orang ramai dalam setiap kali ceramah-ceramah yang diadakan, ada juga pendapatan yang diperolehi melalui penjualan buku-buku seperti buku jingg dan lain-lain.

Dari mana pula dana Barisan Nasional diperolehi?

Barisan Nasional memperolehi sumbangan dari orang kaya, syarikat-syarikat besar dan tokey-tokey cinasebagai dana kempen mereka selain menggunakan jentera-jentera kerajaan secara terang-terangan seperti RTM, helikopter, kenderaan-kenderaan kerajaan dan sebagainya.




Kata orang "Kerana budi tergadai body". Inilah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Barisan Nasional. Syarikat-syarikat besar dan orang kaya, tokey-tokey cina dan cukong mereka mengambil peluang untuk berbudi kepada Barisan Nasional semasa kempen, untuk meraih imbuhan selepas BN menang pilihanraya.

Golongan-golongan berduit dan kaya raya ini tidak pernah menyumbang duit demi perjuangan UMNO dan BN.Ini bukan soal perjuangan, tetapi soal keuntungan. Mereka hanya akan menyumbangkan wang ringgit jika ada keuntungan. Pergi mati dengan perjuangan, mereka ahli perniagaan bukan ahli politik.

Tidak hairanlah harga barang naik selepas pilihanraya kerana BN harus membalas budi tokey-tokey cina. Tidak hairanlah projek-projek kerajaan jatuh ke tangan cukong (kroni) dengan harga yang tak masuk akal, kerana BN harus membalas budi cukong. Jangan hairan satu hari nanti tokey-tokey, cukong-cukong akan memporak perandakan Malaysia kerana kerajaan sudah terlalu banyak berbudi kepada mereka.

Dari akar umbi sampai ke pucuk pimpinan perjuangan Barisan Nasional adalah perjuangan mencari keuntungan, mencari duit. Tukang pasang bendera sahaja tidak sanggup bekerja tanpa duit. Lihat sahajalah, pencacai paling bawah sudah disogok dengan duit, apalagi orang-orang atasan?

Mereka mengaut keuntungan dan kekayaan untuk anak beranak mereka, rakyat dan pencacai murahan gerombolan songkok tinggi hanya mampu menggigit jari. Mereka terus dijangkiti virus bebalisme kerana terlalu banyak menonton Utusan Meloya, TV3 suku, Berita Hairan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment