Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, May 12, 2011

Henti fitnah suami saya: Azizah


KLANG - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengaku tidak sanggup lagi berhadapan dengan fitnah yang menimpa suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.
Katanya, beliau tidak sanggup lagi menahan tekanan ekoran pelbagai tohmahan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar sehingga menyebabkan anak-anaknya juga terpaksa menanggung derita.

“Sudah, sudahlah memfitnah suami saya. Kami sekeluarga cukup terseksa dengan apa yang berlaku. Sudah sekian lama ia berlarutan hingga satu persatu dugaan muncul. Dari anak-anak kecil hinggalah besar.

“Walau apa sekalipun, kami tetap terima sebagai ujian Allah. Memang saya berasa sungguh sedih. Kalau hendak attack (serang), janganlah attack saya atau anak-anak. Sebaliknya lawan melalui isu, bukan menyerang secara peribadi.

“Apapun berlaku kita sebagai wanita dan isteri tetap kena bela suami. Ia satu pahala yang sangat besar ganjarannya. Bila kita difitnah, kita dapat pahala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan raya Parlimen Kapar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di pekarangan kediaman Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri.

Mengulas kenyataan seorang bekas pemimpin PKR yang memintanya meminta cerai daripada Anwar, Dr Wan Azizah berkata, individu itu tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Memang saya rasa sedih dan sebak tetapi kenapa saya nak bersedih pasal kenyataan orang lain. Anwar suami saya. Saya lebih kenal dia siapa kerana kami telah hidup bersama berpuluh tahun lamanya,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, Anwar tidak melayan desakan pelbagai pihak agar bersumpah laknat berhubung dakwaan mengaitkannya dengan video aksi seks yang didedahkan trio Datuk T kerana tidak ada kena mengenai dengan isu tersebut.

“Ini politik pihak lawan untuk menjatuhkan suami saya. Sudah terang lagi bersuluh, enam tahun dia dalam penjara, makan pun tidak cukup takkan keluar penjara perut dia boroi seperti dalam video klip yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya tahu itu bukan Anwar,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment