Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, May 5, 2011

Gagal Video Lucah, Video Menghasut disebar pula ..

"UMNO kini semakin jelas berada dalam kelemasan, pemimpin-pemimpin mereka mula menyedari mereka mungkin tumbang dalam PRU yang ke 13 ini oleh itu dalam kelemasan itu mereka berpaut kepada apa sahaja yang melintas hatta ianya seketul najis yang terapung sekalipun..

Baru-baru ini ada perkhabaran yang mengatakan UMNO telah menjemput DAP menyertai mereka di dalam Barisan Nasional bagi menggantikan MCA yang sudah tidak relevan lagi.

Malangnya pelawaan mereka itu telah ditolak oleh DAP kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng “DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu”.

Kemudiannya Najib pula secara terbuka telah menggesa PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama UMNO di dalam Barisan Nasional dalam masa yang sama Najib juga telah mengugut masyarakat Cina kononnya akan tiada wakil dari masyarakat Cina didalam Parlimen jika masyarakat Cina terus menolak BN..

Malang juga yang menimpa Najib apabila pelawaannya itu juga ditolak oleh PAS.

Jadi apa yang ada pada UMNO/BN untuk kekal berkuasa lagi?

Pecah dan Perintah adalah salah satu cara yang pernah digunakan oleh pihak British bagi memudahkan mereka menguasai Tanah Melayu, pada tahun 1945 telah menggunakan kaedah ini.

Dalam Rusuhan di Batu Kikir, Negeri Sembilan pihak British telah menggunakan kaedah ini dimana merekA secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.

Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama yang artikelnya boleh di baca di sini

( RUSUHAN KAUM DI BATU KIKIR)

Itu cara British, menurut seorang sahabat (blognya di SINI)
kini Najib dan UMNO yang terdesak mahukan sokongan padu dari sekurang-kurangnya 70% Kaum Melayu untuk kekal berkuasa mula memainkan isu perkauman dengan menanam rasa benci Masyarakat Melayu terhadap Masyarakat Cina bagi memecahbelahkan perpaduan kaum.

Isu kaum dan agama, adalah alat propaganda BN utk meraih sokongan masyarakat Melayu.

Perkara ini mula jelas bilamana dalam karnival 1 Malaysia di Parit Raja Batu Pahat, Johor baru-baru ini (lihat di
SINI) VCD yang menghasut dan berbaur perkauman mula disebarkan..

Bagi mengelakkan ketegangan kaum tercetus pihak Kerajaan sepatutnya bertindak menghalang penyebaran video ini, tapi seperti biasa bila ianya melibatkan kepentingan UMNO/BN ianya dibiarkan begitu sahaja..

No comments:

Post a Comment