Kata2 Semangat

My photo
Rahsia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Thursday, May 12, 2011

Sumpah Laknat : Anwar-Ulama perlu bermesyuarah


"Adalah lebih baik DS Anwar Ibrahim dan para ulama mengadakan perbincangan atau bermesyuarah bagi membincangkan isu sumpah laknat yang menimbulkan pelbagai polimik dan konflik dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia.Ia tercetus apabila dimulakan oleh Saiful Bukhari apabila melakukan sumpah laknat di dalam masjid sambil memegang Al Quran bagi meyakinkan masyarakat bahawa beliau memang diliwat oleh Anwar Ibrahim dan yang terbaru Dato Eskay Abdullah pula melakukan perkara yang sama bersumpah laknat dalam tuduhan terbaru terhadap Anwar iaitu rakaman video seks yang didakwa pelakunya adalah Anwar.

Tindakan mereka berdua ini bersumpah laknat telah menimbulkan pelbagai kesan buruk terhadap imej Agama dan kalangan umat Islam kerana keliru pihak yang mana satu perlu dipercayai samada Anwar ataupun mereka. Orang bukan Islam juga menjadi keliru akan isu sumpah laknat ini dan ada sebilangan kecil yang mula memandang serong akan isu sumpah laknat ini di mana seorang itu boleh bersumpah memegang Al Quran bagi menafi atau membenarkan sesuatu tuduhan terhadap dirinya ataupun orang lain.

Isu sumpah laknat ini menjadi semakin kalut dan mengelirukan apabila di kalangan para ulama sendiri terperangkap seterusnya mengalami pertentangan pendapat.Ada ulama yang menyatakan Anwar perlu bersumpah bagi menafikan dakwaan seks tersebut terhadap beliau dan ada ulama yang menegaskan bahawa Anwar tidak perlu melakukan sumpah tersebut kerana tiada keperluan berdasarkan hukum Islam. Begitu serius sekali isu sumpah laknat ini sehinggakan dikalangan ulamapun boleh terperangkap dalam menyatakan pendapat dan hujah masing-masing.

Bagi mengelakkan isu sumpah laknat ini menjadi semakin serius dan mengelirukan Anwar Ibrahim dan para ulama perlu duduk berbincang secara Ilmiah bagi mendapatkan kata putus berkenaan isu sumpah laknat ini dan keperluan samada Anwar perlu bersumpah atau tidak.Ia amat begitu penting sekali bagi menghentikan salah faham dan kekeliruan menjadi semakin serius dikalangan masyarakat terbanyak khususnya umat Islam.Umat Islam menjadi terpinga-pinga mahu pihak mana yang betul. Anwar juga perlu mengambil tanggungjawab bagi menghentikan segala bentuk pandangan negatif terhadap beliau dalam isu sumpah ini. Oleh itu apabila Anwar menganjurkan perbincangan dengan para ulama mengenai isu sumpah laknat ini sekurang-kurangnya dapat meredakan keadaan salah faham dari ia terus menular.

Jika langkah ini diambil oleh Anwar,beliau berpeluang menjelaskan secara dekat dan jelas kepada golongan ulama berkenaan apa yang sedang menimpa diri beliau dan menegaskan tuduhan-tuduhan seks terhadap beliau adalah fitnah jahat sama sekali dan golongan ulama perlu menyampaikan mesej kebenaran dari pihak Anwar dalam pada masa yang sama Anwar dapat meyakinkan sejumlah masyarakat Islam di Malaysia bahawa beliau sememangnya tidak bersalah. Anwar perlu mengajak golongan ulama berganding bahu dalam usaha menamatkan isu yang agak serius dan mencemarkan imej agama Islam akibat tindakan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful dan Eskay. Anwar perlu segara melakukan tindakan yang sebaik mungkin sebagai langkah bertindak balas terhadap fitnah jahat yang dilemparkan ke atas beliau sebelum ia menjadi lebih dasyat dan parah.

Yang paling utama isu sumpah laknat ini tidak terbeban kepada umat Islam terbanyak kerana kekeliruan membuatkan sejumlah besar dari mereka tidak pasti mana pihak yang betul atau salah dan akhirnya ters menjadi golongan yang berdosa. "

Kerajaan Pusat Gagal Terjemah Islam Sebenar: Bekas Mufti Perlis


"
SHAH ALAM 12 MEI : Sebarang kecurigaan rakyat bukan Islam terhadap Islam di Malaysia berpunca daripada tafsiran-tafsiran mengelirukan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hukum-hakam agama demi mencari keuntungan politik, kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata Perlembagaan tidak mungkin dipinda untuk menjadikan Kristian agama Persekutuan Malaysia namun tidak dinafikan segmen tertentu Malaysia mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Melayu tertentu mengenai isu-isu yang menyentuh Islam.


“Saya melihat sebahagiannya bukan mempertikaikan Islam. Mereka mempertikaikan apa yang orang Islam fahami tentang Islam itu dan mereka tak tahu pula itu bukan Islam,” kata Asri.
“Itu bukan ajaran Islam tapi tafsiran saja. Macam isu (bukan Islam) masuk masjid, bukan Islam tidak boleh membuat senaman dalam kawasan masjid (dan ) orang bukan Islam tidak boleh sebut Allah. Ini semua tafsiran-tafsiran yang dibuat orang Islam di Malaysia,” tambah beliau.
Asri menolak dakwaan akhbar Umno milik Utusan Malaysia bahawa kononnya paderi-paderi Kristian bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Malaysia negara Krisitian.
Pelbagai pihak, khususnya pihak gereja, membidas laporan Utusan itu Sabtu lalu kerana cuba menyalakan api perkauman dan keagamaan.
Setakat ini kerajaan mengambil pendirian mahukan dakwaan Utusan itu disiasat. Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Gereja dalam usaha meredakan kemarahan mereka terhadap Utusan.
Dr Asri menegaskan semua kaum sepatutnya sudah selesa dengan Islam selepas 50 tahun agama itu diangkat menjadi agama persekutuan Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku.
“Dalam sejarah Islam orang bukan Islam, Kristian di Syria mereka minta supaya Islam yang menaungi negara mereka. Tapi di Negara kita, orang bukan Islam rasa tak selesa… kita kena tanya kenapa mereka tak selesa,” kata Asri.

Henti fitnah suami saya: Azizah


KLANG - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengaku tidak sanggup lagi berhadapan dengan fitnah yang menimpa suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.
Katanya, beliau tidak sanggup lagi menahan tekanan ekoran pelbagai tohmahan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar sehingga menyebabkan anak-anaknya juga terpaksa menanggung derita.

“Sudah, sudahlah memfitnah suami saya. Kami sekeluarga cukup terseksa dengan apa yang berlaku. Sudah sekian lama ia berlarutan hingga satu persatu dugaan muncul. Dari anak-anak kecil hinggalah besar.

“Walau apa sekalipun, kami tetap terima sebagai ujian Allah. Memang saya berasa sungguh sedih. Kalau hendak attack (serang), janganlah attack saya atau anak-anak. Sebaliknya lawan melalui isu, bukan menyerang secara peribadi.

“Apapun berlaku kita sebagai wanita dan isteri tetap kena bela suami. Ia satu pahala yang sangat besar ganjarannya. Bila kita difitnah, kita dapat pahala,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan raya Parlimen Kapar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di pekarangan kediaman Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafei dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri.

Mengulas kenyataan seorang bekas pemimpin PKR yang memintanya meminta cerai daripada Anwar, Dr Wan Azizah berkata, individu itu tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Memang saya rasa sedih dan sebak tetapi kenapa saya nak bersedih pasal kenyataan orang lain. Anwar suami saya. Saya lebih kenal dia siapa kerana kami telah hidup bersama berpuluh tahun lamanya,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, Anwar tidak melayan desakan pelbagai pihak agar bersumpah laknat berhubung dakwaan mengaitkannya dengan video aksi seks yang didedahkan trio Datuk T kerana tidak ada kena mengenai dengan isu tersebut.

“Ini politik pihak lawan untuk menjatuhkan suami saya. Sudah terang lagi bersuluh, enam tahun dia dalam penjara, makan pun tidak cukup takkan keluar penjara perut dia boroi seperti dalam video klip yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya tahu itu bukan Anwar,” tegasnya.

Skim Rumah Pertamaku tipu golongan muda


KUALA LUMPUR, 12 Mei: Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda," katanya.

Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

"Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.

Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.

Semalam, sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu "tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya" oleh kebanyakan golongan muda.

Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.

Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya kepada akhbar itu.

Selepas jadi akhbar porno, Utusan main api pula


PARIT BUNTAR, 12 Mei: Selepas bertukar menjadi ‘akhbar porno’ dan gagal dalam projek video lucah bersama Umno, Utusan Malaysia bermain api pula dalam soal agama dan perkauman demi untuk menarik sokongan Melayu. "Kerana itu saya beranggapan dan beri nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa musuh utama negara sekarang bukannya dadah dan lain-lain tetapi ia adalah fitnah dari pemimpin Umno dan akhbar Utusan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan mengikuti pemberitaan jijik dan kotor Utusan sebagai media Umno.

Sebelum ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Bagi Khalid Idham (gambar bawah), apa yang berlaku kini menunjukkan Umno semakin tidak beretika dalam berpolitik dengan segala cara dihalalkan demi untuk kekal berkuasa termasuk menggunakan media.

Menurutnya, kebiadaban dan pembohongan Utusan Malaysia dalam laporannya kononnya pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara langsung tiada logik dan tidak berasas.

“Kerana itu rakyat perlu tolak pemimpin yang tidak bermoral dan etika ini pada PRU 13 nanti,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, pemimpin Umno menggunakan fitnah, seks dan perkauman melalui Utusan kerana mahu menutup isu sebenar negara iaitu rasuah, pembunuhan warga Mongolia yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi parti itu dan isu yang lebih besar lagi.

“Saya kira ini taktik lama yang diulang-ulang untuk mencetus rasa benci rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping menutup isu yang lebih besar itu,” katanya.

Tambahnya, ekoran itu menyebabkan rakyat sekarang rasa meluat dan benci terhadap Umno BN.

Buktinya, kata beliau dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak di mana rakyatnya telah membuktikan pada 16 April lalu betapa BN mula tidak diterima dengan peratusan undi yang merosot dan mereka malah hilang 8 kerusi.

Menurutnya yang juga Pengerusi Idham Care , peratusan undi kepada PR meningkat walaupun BN menghalang PR dari berkempen secara bebas di samping dinafikan hak menggunakan media arus perdana seperti mana yang BN lakukan semasa berkempen.

“Kalau dulu Najib kata Anwar boleh demam kalau berdebat dengannya tetapi realitinya sekarang Najib yang tidak nyenyak tidur," katanya.

Kisah rombongan Cik kiah pi jumpa MB kedah

Kisah rombongan parti pembangkang Kedah pi jumpa MB


Di antara dialog yang keluag dari mulut ketua rombongan yang pi jumpa MB kedah “Kita macam Pas juga berjuang untuk rakyat” aku bila dengar dialog tu rasa meloya macam bini aku mengandung anak sulung. Tun M belajar dari kelaku dan perangai pengampu umno sampai dia boleh ucap melayu mudah lupa.

Yang pi jumpa MB, depa dah lupa, yang pelahap duit rakyat adalah umno, yang penaik cukai, penaik harga barang,yang penaik kos perubatan, yang penaik tol, yang penaik harga minyak, dan segala mak nenek yang menaiknya adalah umno, pada masa umno ada kuasa, ada umno pikiag tentang kesusahan rakyat.” Mana ada”.

Semasa umno diberi kuasa oleh rakyat depa tukar dari biasiswa kepada pinjaman,baru tamat belajar,dah ada hutang. Ini semua adalah kezaliman yang dilakukan oleh umno barisan nasional. Satu petikan yang dicedok dari FB , “sepatutnya rombongan yang pi jumpa MB, memperjuang hak rakyat kedah, , tapi pi jumpa MB untuk nafikan hak rakyat kedah, apalah punya piang”.

Satu lagi yang dicedok dari FB, ”MB berjuanglah rebet tu hak rakyat kedah, kita bukan nak minta duit umno, umno mana ada duit, duit GLC rakyat kedah pun depa rompak”.

Di Kelantan umno zalim menafi royaliti minyak hak rakyat kelantan, di Kedah pun umno nak nafi rebet hak rakyat kedah.

Inilah diantara rupa bentuk kejahatan umno terhadap rakyat, bila ada kuasa, sebab itu jangan bagi kuasa kepada orang zalim.

Rombongan Umno ni dah lupa apa yang umno telah lakukan sehingga rakyat sentiasa berada didalam kesempitan. Nak berjuang untuk rakyat konon, masa PAS buat demontrasi, bantah biasiswa ditukar kepada pinjaman, rombongan umno ini lah tuduh macam- macam pada PAS.

Sepatutnya mahasiswa yang masih lagi dok sokong umno kena buat demo supaya kos pengajian diringankan atau kembalikan biasiswa, kalau betoi nak memperjuangkan hak rakyat, “mana ada” siapa dari kalangan rombongan yang pi jumpa MB tu, berani bangkit buat demo, paling lekeh pun buat surat hantar pada menteri. Paling-paling chokia hantar surat pada rosmah.

UITM Dungun: Tolong tengok cket apa nak jadi?


Sekali sekala pergi jugak menjamu selera kat Hotel UITM di Dungun. Menyedut udara bersih dari pantai dikawasan Sura Hujung. Tetapi udara segar tidak mampu untuk membilas sakit mata dah sneak hati melihat para pelajar yang cerdik, terpilih dan dilatih oleh sebuah pusat pengajiaan yang didakwa unggul di Malaysia ini.

Para pelajar berpasangan, lelaki dan perempuan dok lepak ditepi pantai. Yang jantan dok atas riba perempuan dan yang betina dok atas riba jantan.

Mereka bercouple dan tidak memperdulikan persekitaran orang ramai dengan perkampungan nelayan dengan budaya timur. Apakah pihak UITM gagal dan peka dengan suasana persekitaran ini? Pihak pengawal keselamatan UITM hanya melihat begitu aje. Mungkin dah tak larat nak nasihatkan dan dah jadi kebiasaan. Kalau pihak pengurusan pun tak cakna, apahal pulak pihak ‘jaga’ dan bicara lebih-lebih.

Adakah ini budaya yang hendak dibawa dan dicernakan untuk menjadi ikutan masyarakat setempat. Sebagai pembawa contoh dalam masyarakat, perkara sebegini amat terkilan. Penduduk sekitar sebenarnya sudah muak dan meluat dengan budaya seperti ini. Ditambah pula dengan kelibat pelajar Politeknik. Mungkin sebahagian daripada mereka, tetapi kerbau yang dah lama bawak lumpur ini memang dah memberi imej sedemikian kepada pusat institusi hebat ini.


Permasalahan sosial yang saban hari dibicarakan hasil budaya yang dibawa oleh gehnerasi terdidik untuk bakal pemimpin Negara. Isu pergaulan bebas dan tinggal bersekedudukan. bahkan pernah melahirkan anak dalam tandas kampus. Pelajar yang terlibat dengan minuman keras. Berhibur dengan hiburan melampau bahkan sanggup menyewa resort untuk melepaskan hawa mereka. Terlibat dengan pil kuda dan dadah yang mengkhayalkan. Yang bermotor pulak merempit sehingga mengganggu penduduk setempat khususnya dimalam hari. Ada geng lembut dan bapok. ish 3X macam-macam ada...


Munasabahlah baru-baru ini timbul isu murtad seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu, Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, yang berumur 19 tahun. Tetapi mungkin pihak pengurusan tidak mengambil cakna isu yang sebegini dan dianggap terpencil tetapi ia mencemarkan nama baik UITM sendiri.

Permasalahannya sekarang apabila timbul dikalangan pelajar yang Nampak kecenderungan agama nescaya mereka segera dicurigai. Digeledah mencari apa buku yang mereka baca. Buku tulisan pimpinan Pas ke? Akhbar Harakah ke? Kalau pakai jubbah ada ikut program usrah ke? Kalau pakai kopiah malam-malam ni? Pergi kat ceramah ke?


Pihak HEP semangat untuk mengambil tahu perkara seperti ini tetapi kalau isu yang berkait sosial yang tidak selari dengan akhlak Islam nescaya dibiarkan sahaja. Yang terbaru heboh bagaimana pelajar lelaki dan perempuan diletakkan satu bangunan. Adalah alasan-alasan bodoh yang diberikan. Diharapkan pihak pengurusan akan dapat melahirkan generasi beriman dan bertakwa apabila tinggalnya para pelajar satu bangunan. Nanti letakkan sebilik akan tinggilah lagi takwa mereka ini??? Pihak pengurusan ni orang sembahyang ke tak???
Mungkin itu peninggalan Islam Hadhari atau itulah penerapan Islam Moderate tajaan Najib. Ataupun mungkin ada dikalangan mereka yang nak jadi pengampu, pelobi sebagai pendokong kuat UMNO-BN di Terengganu. Atau ada yang nak mengintai peluang nak jadi calon kot? Ada hajat nak lawan Pok Rosli ke? Cuba-cubalah kot ada nasib!


Kekadang kita sendiri celaru dengan matlamat dan kehendak institusi IPTA dalam membentuk dan melahirkan generasi yang terpilih dikalangan pelajar khususnya melayu dan Islam. Pelajar yang cemerlang selepas peperiksaan memilih untuk memasuki IPTA/IPTS dan sepatutnya menjadi tugas kerajaan dalam meletakkan hala tuju yang jelas kearah mana semua pelajar hendak dibawa. Kalaulah mereka dibawa menjauhi tugas khalifah Allah diatas mukabumi, nescaya semua mereka akan bertanggung-jawab didunia dan akhirat

Jabatan Agama N.Sembilan MALAS ajar Orang Asli?

"Ini bukan kali pertama Tok Batin bukan Islam di Negeri Sembilan merayu supaya ditempatkan guru takmir di surau kampungnya untuk mengajar orang Asli yang memeluk agama Islam.

Pada 26 Januari 2011, berita ini dah keluar, sekarang 11 Mei 2011 keluar lagi berita ini. Baik Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan dan Pengarah Jabatan Agama LETAK JAWATAN kalau tak boleh selesai perkara mudah sebegini.


Buat malu orang Islam terutama orang Melayu di Negeri Sembilan ini, duit dalam Baitul Mal berjuta-juta ringgit tapi nak hantar guru takmir pun tak ada.

Apakah Pengerusi MAINS dan Pengarah JHEAINS hanya berbangga dengan Rekod Bubur Lambuk 200 periuk yang dibuat pada tahun 2007 seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2007/10/ns-buat-rekod-bubur-lambuk-tapi-pinggir.html

Tiada Ustaz Datang Mengajar, Sinar Harian 26 Jan 2011 laporan penuh dihttp://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html

SAUDARA BARU MAHUKAN GURU

Sinar Harian 11 Mei 2011

ULU KLAWANG - Masyarakat Orang Asli di Kampung Kelaka berharap agar surau di kampung mereka dilengkapi dengan tenaga pengajar khususnya guru Tahmir.

Perkara itu adalah penting bagi menjaga kebajikan 17 keluarga saudara baru di kampung berkenaan yang telah memeluk agama Islam. Tok Batin Kampung Kelaka, Ading Keboi berkata, rata-rata saudara baru di kampung berkenaan tidak benar-benar mendalami agama Islam seperti yang sepatutnya.

“Di kampung ini sahaja, ada 47 keluarga di mana 17 daripadanya telah memeluk agama Islam. Namun, apa yang menjadi masalah ialah mereka masih tinggal sebumbung dengan keluarga yang bukan beragama Islam.

“Hal ini secara tidak langsung tidak akan membentuk akidah umat Islam yang baik kerana sudah pasti timbul kekeliruan dalam kalangan anak mereka yang beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, rata-rata mereka tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan oleh kerana itu mereka mahukan surau di kampung itu berfungsi dengan baik. “Selain itu, kami juga mahukan guru untuk mengajar agama Islam buat penduduk di sini.

“Saya difahamkan, sebelum ini ada guru yang mengajar di surau berkenaan tetapi tidak lama. Ia mungkin disebabkan kampung ini terletak di pedalaman dan menyebabkan guru berkenaan tidak selesa,” katanya.

Malah katanya, sebelum ini setiap kali berlangsungnya kelas, guru hanya akan mengajar tidak sampai setengah jam dan kemudiannya kelas ditamatkan.

Jika Kerajaan Jimat RM4 Billion pun, rakyat dapat apa?


"Ada sesiapa yang terbaca Utusan Online? Jika tiada, eloklah, ada yang mengikut pandangan golongan yang mengharamkan membaca Utusan kerana ianya akhbar fitnah. Pandangan itu betul, tetapi bagi satu pihak yang lain, iaitu askar-askar yang menentang secara terus dengan musuhnya, askar itu patut membaca dan mengetahui segala cerita, perancangan, tipu daya, propaganda dan fitnah yang dilontarkan agar askar-askar itu dapat menyerang kembali musnya dengan peluru yang betul.



Maka, mahu tidak mahu, askar-askar pejuang wajib baca Utusan untuk mengenali musuh. Terutama askar-askar didalam alam siber. Peluru mereka adalah matlumat.

Hamba tertarik dengan cerita dari Utusan yang bertajuk
Jimat kos RM4.25 bilion, . Kerajaan sekarang sedang membuat kajian untuk memansuh atau menukar 400 dasar dari seluruh kementerian dalam kerajaan Malaysia untuk mendapatkan penjimatan kos sehingga RM4.25 bilion menjelang 2015. Ia telah dikaji oleh agensi kerajaan dan perunding asing. Mungkin perunding asing ini adalah Yahudi APCO.

Jika ya pun Kerajaan dapat menjimatkan kos sehingga RM4 bilion, apa yang rakyat dapat secara terus? Adakah nilaian duit berbilion itu akan diterjemahkan dengan menaikkan taraf hidup SELURUH rakyat Malaysia, atau ianya hanya akan menguntungkan towkey-towkey besar, kroni-kroni dan syarikat gergasi?

Malaysia sekarang ini ditadbir oleh sebuah parti yang kapitalis. Mengamalkan sistem monopoli untuk kaya. Mewujudkan puak-puak kroni agar duit-duit itu hanya berpusing diantara mereka-mereka yang memegang kuasa dan mereka yang berada disekelilingnya. Mana pernah kerajaan kapitalis ini membiarkan duit berbilion digunakan untuk mengkayakan rakyat. TIDAK PERNAH.

Apa yang mereka buat adalah hanya memberikan sedikit sisa-sisa potongan kek keuntungan kepada rakyat hanya untuk menutup mulut manusia yang lapar dengan memberi sesuap nasi. Esok lusa rakyat itu akan kembali lapar dan akan kembali meminta dari pemerintah kapitalis untuk diberi sesuap nasi. Beginilah modus operandi umno untuk mengekalkan kuasa selama-lamanya.

Cuba anda semua bayangkan, orang yang menduduki rumah ini, apa yang mereka akan perolehi dengan duit RM4 bilion itu? RM200 sebulan?

Wednesday, May 11, 2011

Sultan tukar Daulat Tuanku ke Allahu Akbar, rakyat dapat pahala


"Sultan Yang Prihatin

Mstar , Isnin Mei 9, 2011

Oleh ROZAID A. RAHMAN & SYED AZHAR.SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.



Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

Wawancara penuh pada pautan berikut http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_mingguan/20110509122729&sec=mstar_mingguan

ALLAHU AKBAR

Perkataan ‘Pandikutty’ Wajar Di Gunakan Terhadap Najib Dan Sekutunya


" Harakahdaily.net hari ini memetik sindiran sinis (bagi Najib dan sekutunya bukan faham bahasa ini) Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan kecaman terhadap Datuk Seri Anwar ekoran dakwaan menggelar Perdana Menteri sebagai 'Pandi kutty'. Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?"katanya di Facebook.

Utusan di muka depannya hari ini meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa menggelar Datuk Seri Najib dengan gelaran Pandi Kutty.

Antara lain, akhbar Umno itu mengambil pandangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Ketua AMK yang menyertai Umno, senator Ezam Mohd Noor.

Najib ketika mengulas laporan itu pula berkata, beliau tetap tidur lena (jenera) walaupun dituduh dengan perkataan itu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak ekoran tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan di muka depan laporan serta gambar berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Turut dikecam dan dilebelkan sebagai media lucah adalah TV3.

Dalam pada itu, Anwar hari ini menyifatkan serangan terbaru isu Pandi Kutty terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.


Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu.

Sumber : DISINI dan juga DISINI

KOMEN :

Adalah wajar bagi Anwar Ibrahim menggunakan perkataan ‘PANDIKUTTY’ kepada Najib dan sekutu-sekutunya baik dalam UMNO mahu pun dalam organisasi media milik mutlak UMNO.

Najib, sebagaimana yang kita sedia maklumkan bahawa beliau bukanlah seorang manusia yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi, apatah lagi pegangan agamanya sangat cetek dan rapuh kerana didikan yang diterimanya (berpendidikan barat) sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke zaman hendak memasuki pintu kubur pun pendirian tidak pernah berubah terhadap amalan Islam.

Kalau dalam jiwa beliau ada roh Islam, beliau tidak akan tergamak menganugerahkan dan meluluskan lesen judi bola sepak (akhirnya dibatalkan akibat tentangan kuat dari rakyat berbagai agama) kepada Vinvent Tan (Berjaya Group). Beliau juga mencadangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat hiburan antarabangsa (apa maknanya ini) bagi menjana pendapatan Negara (pendapatan negara secara halal dari segi syarak sudah tiada lagikah?) dan beliau juga pernah menghina hukum Allah. Apa erti menghina hukum Allah? Menghina hukumNya bererti turut menghina Allah juga (seperti yang ditunjukkan oleh Mahathir Mohamad).

Oleh sebab beliau tidak ada pegangan agama yang kuat dalam dirinya, maka ia bermain politik paling kotor dalam sejarah ketamudan Malaysia (khususnya tamadun Melayu-Islam). Amalan bercakap ‘bohong’ sudah menjadi sebati atau budaya politik pegangannya demi mengejar kuasa dan mengekploitasikan khazanah Negara untuk kaum keluarganya, sahabat-handainya dan kroni-kroninya.

Najib juga mengamalkan budaya rasuah secara terang-terangan tanpa malu-malu dan segan-silu khususnya dalam setiap pilihan raya kecil (Hulu Selangor dan Sibu contohnya). Pihak berkuasa tidak pernah mengambil sebarang tindakan untuk membetulkan persepsi yang salah yang dibawa oleh Najib itu. Mereka biarkan kerana takut kepada Najib yang boleh mengugatkan kedudukan, kuasa dan kekayaan yang mereka nikmati.

Najib membiarkan dan memberi perlindungan dari segi undang-undang (menguasai polis dan system keadilan Negara) bagi mana-mana hantu raya yang ingin memberi sumbang bakti kepada beliau dengan memaki-hamun siang-malam, pagi-petang, menghina, memalu, mengaibkan dan memperlecehkan mana-mana musuh politiknya agar ia senantisa disanjung dan dipuja serta beliau dan UMNO berkekalan memerintah Malaysia. Islam membenarkan perbezaan pendapat sebab itu kita ada 4 mazhab, apatah lagi dalam amalan demokrasi cipataan manusia. Perbezaan pendapat itu banyak baiknya dan ia perlu diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak melampaui batas-batas kemanusian dan agama.

Anwar Ibrahim salah seorang musuh politiknya nombor 1. Apa yang dia tidak buat kepada Anwar Ibrahim melalui suku-sakatnya dalam UMNO/BN, media dan pihak berkuasa seperti pasukan polis, Jabatan Peguam Negara (Abdul Ghani Patail) dan mahkamah (Zaki Azmi). Sudah tentu pada 16 hb ini Anwar akan dipanggil untuk membela diri. Pada petimbangan hakim, bukan untuk menegak keadilan, tetapi lebih kepada pertimbangan untuk menjaga kepentingan Najib dan UMNO. Kalau untuk bertindak adil kenapa tuala good mornig, berus gigi dan air sebotol air mineral boleh diterima sebagai bahan bukti DNA, sedangkan sebelum itu ianya dibuangkan sebagai bahan bukti. Dalam Islam, membebaskan orang yang melakukan kesalahan lebih mulia daripada menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak melakukan kesalahan. Oleh sebab itu dalam Islam, kes zina memerlukan 4 saksi yang tidak fasik yang melihat perkara itu berlaku. Allah swt tahu bukan senang dan mudah untuk mendapatkan seperti yang ditetapkan oleh Allah itu. Khalifah Umar al-Khatab sendiri mengakui hakikat tersebut, tetapi apa boleh buat kerana ia kehendak Allah, yang IA lebih tahu apa yang IA kehendaki.

Anwar Ibrahim dihina, diaibkan, dimalukan, diserca dan dimaki-hamun 24 jam. Dari pagi sampai ke malam Anwar ditelanjangkan ke tengah-tengah masyarakat demi mengejar kuasa sanggup memalukan sesame muslim. Kerana apa? Kerana Anwar bangkit menentang beliau dan UMNO dan berusaha mengangkat martabat rakyat yang selama ini diperhambakan oleh para pemimpin UMNO termasuk beliau dan sekutu-sekutu beliau selama 54 tahun. Adakah Islam yang Najib pegang, mengajarnya berbuat sedemikian?

Apabila Anwar bangkit untuk mempertahankan maruah dan harga dirinya serta keluarganya dari dihina, dimaki-hamun, dikeji, diaibkan dan dimalukan, Najib dengan pantas memperalatkan pasukan polis dan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menyekat Anwar Ibrahim daripada bersuara mempertahankan diri dan memberi penjelasan bagi pihak dirinya dan keluarganya. Ini pun tidak dibenarkan oleh Najib (Mahathir telah pun melaluinya, Mahathir juga disekat dan banyak majlisnya dibatalkan ketika Pak Lah memerintah dulu, polis juga diperalatkan). Najib memaksa rakyat hanya menerima penjelasan dari beliau melalui saluran media yang dikuasainya semata-mata, lain-lain saluran ditutup.

Tindakan Najib yang tidak boleh diampunkan dan dimaafkan ialah tindakan beliau membiarkan penyebaran video seks lucah ke dalam rumah setiap rakyat Malaysia tanpa mengira adat-budaya apatah lagi hukum-hukum syarak yang menegahnya berbuat sedemikian dan memberi perlindungan kepada orang-orang yang terlibat. Setiap rakyat Malaysia dari usia bayi sehinggalah ke usia tua bangka telah membaca, mendengar dan menonton cerita-cerita lucah tersebut. Itulah jasa atau sumbangan besar Najib ke atas rakyat Malaysia, mengajar seks bebas semenjak dari usia bayi lagi. Inilah dosa yang paling besar yang telah dilakukan oleh Najib. Saya dan mungkin sebahagian lagi rakyat Malaysia tidak dapat memaafkan tindakan Najib mengaibkan Islam dan penganut-penganutnya melalui penyebaran video lucah ini secara meluas amat memalukan ummah dan kita akan berbicara dihadapan Allah swt di padang masyar kelak.

Kesimpulannya, Islam yang dipegang oleh Najib ialah Islam tepi jalan, bukan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Oleh itu, wajarlah perkataan ‘PANDIKUTYY’ digunakan ke atas diri Najib. Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, dibalas jahat (melalui perkataan itu). Kata orang tua-tua "Jangan Lakukan Terhadap Orang Lain Apa Yang Kita Tidak Mahu Dilakukan Terhadap Kita".

Nik Aziz: Gesaan MCA pulaukan Utusan tepat


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno,Utusan Malaysia yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'. Menulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

NONE"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?" tulisnya.

Utusan Malaysia
pada muka depannya semalam meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai 'pandi kutty' - perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”

Gesaan yang tepat

gaps protest at pkr hq 130311 hamidzun khairuddinHamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Datuk Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Mengulas isu yang sama, Najib dalam laporan
Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

azlanNajib juga berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA sebelum ini agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

MCA bulan lalu menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Sebarkan fitnah

azlanAnwar dalam Twitternya semalam menulis serangan terbaru isu 'pandi kutty' terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.

Menurut laporan
TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Sebaliknya Anwar pada ceramahnya berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty." kata Anwar pada ceramah tersebut.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak berikutan tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan pelbagai berita fitnah di muka depan laporan serta gambar, termasuk berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar .

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Siapakah yang paling gembira di Malaysia kini?


"Apabila isu video lucah ciptaan trio Datuk T disebarkan, Anwar Ibrahim jadi mangsa. Media begitu rakus dan jahat memainkan dan sensasikannya. Bahkan disiarkan gambar-gambar lucah didalamnya.
Polis sekadar keluarkan kenyataan mahu siasat. IGP kata tulen. Peliknya sampai kini ianya tidak selesai. Malah disiarkan dalam You Tube, sedang hanya polis memilikinya.

Dalam keadaan ianya disiasat, tiba-tiba timbul di Kelantan, seorang pegawai atasan Polis dari SB Bukit Aman membuat perjumpaan dengan guru-guru untuk menghentam Anwar Ibrahim.

Sampai kini IGP membisu dengan perangai jahat pegawainya itu.

Kini, timbul pula isu Kristian. Ianya disensasikan oleh Utusan Malaysia untuk lariskan jualan akhbarnya yang semakin merundum.

Sekonyong-konyong Menteri KDN Hisham keluarkan kenyataan mahu siasat. Ayat dan skrip yang sama digunakan oleh mana-mana menteri dan IGP jika melibatkan kepentingan UMNO.

Isu video belum selesai, timbul isu Kristian...selepas apa pula ?

Yang pasti, kita yakin isu video dan Kristian tidak akan selesai di"siasat" dan akan pasti timbul isu lain pula yang bakal dimainkan oleh UMNO melalui Utusan dan yang sejenis jahat dengannya.

Kita melihat ini semua permainan UMNO belaka. Polis jadi perkakasnya. Lihatlah bagaiman polis dan KDN bertindak. Semuanya macam kura-kura.

Siapakah yang paling gembira sekali di Malaysia di waktu ini?

Tentunya Datuk Eskay dan gengnya serta Utusan Malaysia.

Mengapa? Kerana tiada siapapun di Malaysia berani sentuh mereka hatta bulu roma!

Sumpah laknak yg melaknat diri sendiri


"Dato Sharyl Eskay adalah Konsul Kehormat DiRaja Thailand ke Pulau Langkawi. Beliu adalah juga seorang usahawan pertanian dan menjadi Pengerusi Syarikat Fooktien Group of Thailand yg mengeluarkan baja Silicon 23. Sekitar tahun 2009 beliu gigih memasarkan produk tersebut kepada agensi2 kerajaan M'sia seperti Risda dan Felda.

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/33980

Masaalah timbul apabila baja dari produk silica mendapat perhatian serius dinegara2 luar kerana ujian yg dilakukan menunjukkan bahawa bahan mineral ini adalah carcinogenic iaitu boleh menyebabkan kanser.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1757779/

Permohonan untuk melabelkan produk silica sebagai tidak mendatangkan mudarat bagi pekerja telah ditolak oleh Department of Labor, United States.

http://www.osha.gov/pls/oshaweb/owadisp.show_document?p_table=INTERPRETATIONS&p_id=19704

Oleh itu kita berharap Kementerian Pertanian dan Dan Asas Tani mengambil berat terhadap penggunaan baja ini, dan setiap rakyat yg terlibat dalam pertanian diberikan pengetahuan yg secukupnya terhadap produk ini.

Kita juga berharap pihak kerajaan tidak membuat keputusan peggunaan produk2 seperti ini hanya kerana budi politik, bukan kerana kajian saintifik, kerana telah bergenerasi petani2 melayu kita telah terjebak dgn amalan pertanian yg tidak mendatangkan pulangan yg sepatutnya.

Sebagai contohnya, baja kimia nitrate yg diedarkan oleh kerajaan telah menyebabkan hasil yg berkurangan kpd petani setiap tahun kerana kerosakkan tanah yg disebabkan oleh sebatian nitrat, tetapi amalan ini terpaksa dibiarkan berterusan kerana pembabitan syarikat2 terpilih dgn kerjasama gergasi2 kimia antarabangsa.

Kita akan perhatikan kemana Dato' Eskay akan longgokkan baja2 silica nya nanti, atau terus dikejar bank2 yg memberi pinjaman pdnya.

Najib yang tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri


KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (
gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.

Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.

Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.

Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.

"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.

Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT.

Monday, May 9, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."